| RhyThM-CruNcHeR |
| 09-12-2009, 12:33 AM |
| Saya peminat sukan sejati. Minggu ini saya menonton perlawanan peringkat awal tennis Terbuka Amerika Syarikat, sambil menunggu persaingan Liga Perdana England, terutama Manchester United-Spurs yang dijadualkan malam ini.Tidak pasti pula sama ada pembaca sekalian menyaksikan kemuncak badminton Terbuka Taiwan baru-baru ini yang dimenangi oleh pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh. Terbuka Taiwan juga menyaksikan kemunculan beregu campuran India, V. Diju-Jwala Gutta. Saya ikuti detik-detik sedemikian bagi mengetahui trend terbaru. Saya lihat sukan melalui sudut yang relevan, termasuk dalam merancakkan ekonomi negara dan sebagai platform perpaduan serta anak tangga bagi yang muda mendaki kejayaan, sehingga jadi jutawan. BAKAT DI BRAZIL Mari kita lihat kemungkinan ini - Musim Liga bolasepak Brazil agak berbeza dengan keseluruhan liga Eropah. Kita juga kurang kenal pemain-pemain muda Brazil sehingga mereka dipancing oleh kelab-kelab Eropah, contohnya Alexandre Pato, 19, yang kini bermain untuk AC Milan. Tidak terlintaskah di hati kita siapa bintang ternama yang bakal diketengahkan oleh Brazil dalam Piala Dunia nanti? Bagi saya, kita harus dapatkan Flamengo dan Sao Paolo bermain di sini, supaya peminat di seluruh Asia dan tenaga kerja asing dari ibu kota berhampiran membanjiri Kuala Lumpur. Hotel-hotel dapat meraih peningkatan bisnes serta anak muda kita memahami budaya samba, seperti mana kita diperkenalkan kepada Diego Maradona ketika dia bertandang ke sini pada 1982 dengan Boca Juniors. Strategi pemasaran harus tepat. Kurang publisiti mengenai Liga Brazil tetapi ramai bintang taraf dunia di sana. Cuma kita kurang didedahkan kepada mereka. KUALA LUMPUR IBU KOTA BOLA SEPAK Saya membayangkan Kuala Lumpur sebagai ibu kota pertembungan bola sepak Eropah, Latin Amerika, Afrika serta Asia. Kita jadualkan lawatan 16 pasukan ternama seluruh dunia setahun. Manchester City dimiliki jutawan Arab. Kita boleh pelawa mereka bermain di sini, mungkin tidak pada musim panas tahun depan kerana bintang ternama terlibat dalam Piala Dunia. Apabila Manchester United bertandang ke Kuala Lumpur pada 2001, Sir Bobby Charlton, yang turut saya minati ketika muda selain Booby Moore (West Ham), mengunjungi saya di pejabat. Dia menghadiahkan jersi Manchester United, tertera nama Daim, pemain bernombor 9. Itu nombor kegemaran Charlton. Saya sendiri lebih suka menjadi pemain pertahanan. Baru-baru ini apabila Manchester United datang lagi, saya berpeluang bertemu semua pemain, penyerang dan pertahanan, dan mereka tanda tangan di jersi yang dihadiahkan kepada saya. Tidak tahulah saya sama ada Michael Owen dan Dimitar Berbatov dapat membantu Wayne Rooney menjaringkan gol dengan ketiadaan Cristiano Ronaldo. Ryan Giggs dan Paul Scholes sudah berumur serta mungkin mudah mengalami kecederaan. Chelsea mampu menguasai persaingan tetapi Michael Ballack, Frank Lampard, Deco dan Didier Drogba semuanya dalam lingkungan 30-an. TERDIDIK DALAM TEKNIK DAN FALSAFAH Persoalan yang lebih penting bagi saya ialah siapakah bakal jutawan pertama bolasepak Malaysia? Mungkinkah seorang daripada kanak-anak yang kita lihat dalam National Little League (Liga Kebangsaan Kanak-kanak) melalui Astro akan membanggakan negara? Saya terpegun melihat kebolehan anak-anak ini. Maaf, saya tak ingat nama mereka. Tetapi ada seorang penyerang yang memakai jersi No 6 yang sudahpun menjaringkan lapan gol. Saya lihat dia ada naluri sebagai penyerang modern seumpama Rooney. Saya terfikir apakah amalan pemakanan dia? Apakah beliau dibimbing cara mengambil makanan secara professional? Lionel Messi tidak sebesar mana, tetapi dia kental dan langsung tidak gerun pada pemain-pemain yang lebih besar. Saya sudah melawat beberapa kelab ternama EPL dan terpesona melihat disiplin pemakanan mereka. Apakah bahan bacaan anak muda yang memakai jersi No 6 itu? Saya tanya mengenai bahan bacaan kerana kita dapati pemain Sepanyol dan Perancis lebih berilmu dan faham persoalan falsafah. Pembaca sekalian tentu sekali ada mengikuti interviu dengan bekas penyerang Manchester United dan Perancis, Eric Cantona. Bandingkan pula temubual dengan bintang-bintang EPL. Pemain kita harus bijak seperti Cantona. NEWCASTLE UNITED Saya pernah diusik rakan yang bertanya: “Tun, tak berminatkah beli pasukan ternama EPL?” Saya sudah 71 tahun. Biarlah mereka yang muda terlibat kerana pengurusan kewangan, jual beli, menyediakan program merchandising, tajaan dan program latihan pemain negara semuanya memerlukan tumpuan sepenuh masa. Ada yang bertanya mengenai Newcastle United. Satu ketika dulu, memang ada pihak yang saya kenali meninjau kemungkinan ke arah sedemikian tetapi Newcastle kini bermain di Divisyen Satu. Jumlah gaji atau kos saraan pemain terlalu tinggi. Apa jadi sekiranya mereka cedera? Kelab-kelab Perancis atau Belanda lebih menarik untuk diterokai, pada pandangan saya. Mereka tidak putus-putus menghasilkan bintang baru. Kelab-kelab Perancis dapat menarik minat pemain Afrika dari Franchophone, tanah bekas jajahan Perancis. Saya sering berkunjung ke Afrika bagi tujuan bisnes. Mana saja ada kawasan lapang, kita lihat anak muda bermain bola. Skil mereka agak luar biasa, serta mereka bertubuh besar. AFRIKA SELATAN 2010 Piala Dunia Afrika Selatan? Insya-Allah saya akan berada di sana kelak. Tambahan pula saya kini terlibat dalam Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) melalui jawatankuasa audit. Kuala Lumpur, Thailand dan Indonesia boleh sama-sama menawarkan diri menjadi tuan rumah Piala Dunia, namun kita harus mampu bersaing sehingga ke suku akhir, setidak-tidaknya. Kita terlalu tercorot sekarang ini. SUKAN CABANG EKONOMI Oleh itu, dalam pada kita meminati bolasepak, pilihlah sukan yang mana anak kita boleh melonjak menjadi pemain nombor satu dunia seperti Datuk Nicol David. Nasihat saya pada anak muda ialah – anda perlu susun strategi untuk jadi yang terbaik. Ia semacam merangka satu pelan perniagaan. Kuasai Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa yang lain kerana sukan meliputi pasaran global. Sukan juga saluran ekonomi dan kenegaraan. Di tahap pertama, ia satu kerjaya yang boleh menjana pendapatan luar biasa bagi seseorang individu. Di tahap kedua, temasya sukan menjana aktiviti ekonomi walaupun negara tidak mencapai kejayaan cemerlang. Contohnya Formula 1. Lama kelamaan akan muncul juga di kalangan kita seorang jaguh seperti Michael Schumacher yang pernah menghadiahkan topi kepada saya. Kita juga untung dari segi pemindahan teknologi dan kejuruteraan serta mudah dilihat di seluruh dunia (visibility). Di tahap ketiga - kejayaan sukan di peringkat nasional bakal wujudkan kesan ekonomi di semua peringkat. Tahap yang lebih penting ialah kita harus berusaha maju dalam sukan bagi menaikkan nama dan prestij negara. Selamat menonton dan menimba ilmu. |
Tuhan dosaku menggunung tinggi Tapi rahmat-Mu melangit luas Harga selautan syukurku Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi Tuhan walau taubat sering kumungkir Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi Bila selangkah kurapat pada-Mu Seribu langkah Kau rapat padaKu (The Zikr)
Isnin, 14 September 2009
Bicara Bola Sepak Bersama Tun Daim
Jumaat, 11 September 2009
Kasih Pada Sahabat
Kasih Pada Sahabat
Sejak mendengar keadaan sahabatnya itu, suami saya giat melakukan solat hajat memohon sahabatnya segera sembuh. Dr Zainuddin dan isteri beliau amat rapat dengan kami sejak di universiti lagi. Sewaktu kami susah beliau adalah antara sahabat yang perihatin menghulurkan bantuan. Kini beliau sekeluarga pula melalui ujian yang sangat hebat. Wajah suami saya begitu sughul mengenangkan keadaan sahabatnya itu. Saya mengkagumi cara dia memberi perhatian pada sahabat2. Demi untuk sahabat biasanya dia akan melakukan apa saja.
Sekembali dari Brunei dia masih sedih, “Zainudin masih belum sedar. Cuma kakinya yang bergerak sikit2 dan mata kadang2 ada tunjuk respon bila abang berbisik ke telinganya. Doktor kata ada kemajuan walaupun sikit. Doakan dia.”
Dalam dunia penuh materialistik ini masih ada orang menghargai nilai persahabatan ditempat yang begitu tinggi.
Prof. Abdullah Hasan pernah memberitahu saya, “Sahabat yang sejati ialah sahabat yang kita kenali semasa kita tidak punya apa2. Contohnya sahabat yang kita kenal semasa sekolah, di mana kita dan dia berkawan bukan kerana apa2 kepentingan. Jagalah sahabat itu dengan baik kerana merekalah yang sanggup susah senang bersama tanpa mengharapkan apa2 imbuhan.”
Tidak hairanlah semakin berjaya kita dalam kehidupan dunia semakin sunyi kita dari sahabat sejati. Semakin tinggi status sosial kta semakin mudah kita terjebak dengan dosa dan kesalahan kerana sahabat yang sanggup memberi nasihat semakin tertinngal di bawah.
Kepada sesiapa yang mengenal Dr. Zainudin sama2 lah kita doakan beliau cepat sembuh dan keluarga beliau bersabar menghadapi keadaan ini. Sama2 kita menjadi sahabat yang perihatin melalui bantuan doa untuk beliau.
A Ramadhan gift for Raja
A Ramadhan gift for Raja
Tuesday, 8 September, 2009 ·
WEDDING PHOTO 1 : From left : Affaf (Bad’s wife), Bad, Tok Ijal, me (who else!) and Raja’s Dad
Dear WordPress,
One of my two best and long time pals from way back in UIA, Nik Amran a.k.a. Raja (there’s a story behind this nickname!) is certainly blessed with a bundle of joy during this holy month. According to a EPI’s source which is Raja himself (duh!), his second baby is a boy and was brought into this world at 1539 today. The baby was born at Putrajaya Hospital but a name has yet to given by the couple. I can guarantee you it won’t be Muhammad Ikhbal hahaha… (EPI Editor : You may look around and find out people are not laughing, ok eeqbal?).
Okay that wasn’t funny I guess hehehe… (pesky EPI Editor!). Anyway, what joy it must be for Raja & Zarina. Sorry we couldn’t be there but you know I’m just a phone call away if my pals need me. Although it won’t be dramatic similar to Superman but they get the gist. They would do the same to me too. As you can see the above photos, we have come a long way together. Hopefully we continue so in happy or sad or even mundane & lukewarm times. Best friends are really forever!
WEDDING PHOTO 2 : Tok Ijal, me, Zarina, Raja and Che Rus (my previous boss at UIA)
P/s – please spare me the comments on “So when are you going to get married? I’ll be busy dodging that question during Raya thank you very much!
Rabu, 2 September 2009
Merdeka Stadium, the history
Sunday, August 30, 2009
Merdeka Stadium, the history
"At every football final I never missed harping on the need for a stadium, praying and hoping that my plan would touch the hearts of the Government of the day. I went further and took up the question in the council in 1953, where it was greeted with derision."
"To sportsmen, I say, make the best use of it, and in making use of it, never forget what the Stadium stands for. The aim of the Government is to promote sports, goodwill and good fellowship among Malayans and others from without, so that the troubles which beset this world today can be smoothed out through the activities of sports and games. As I said before "The Independence of Malaya has been won on the football pitches of this country."
According to the then President, Municipal Council of KL, A.D. York, the first proposal for a stadium to be built was put forward by the FA of Selangor in 1949. The cost was estimated at $2.4 million and various sites were proposed by the Town Planner.
E.M. McDonald, the founding president of Federation of Malaya Olympic Council (FMOC), forerunner of Olympic Council of Malaysia (OCM), recalled:
"It was a sweltering day, the 2nd of May, 1956. The fact finding committee of the proposed new Merdeka Stadium had asked the Chief Minister his opinion as to the site. Nothing is too much trouble to the Tungku so there we were climbing the inside of the Chen Woo tower together stopping every now and then to recover our breath, perspiring freely. Looking down on to the Coronation Park, we noticed a large number of athletes running and practising their various sports and from where we were it was a very imposing sight.
The Tungku said to me, "Don't you think it would make an ideal spot for the Merdeka Stadium?" and in our minds we conjured up the site of the stadium being already in existence round those athletes in training.
There were many difficulties to be overcome. The Police had already planned to build further blocks of married quarters at one side of the ground; at another part of the ground there was erected the old pavilion which would have to be moved and part of the hill levelled down about twenty feet.
The Board of Control was appointed by Tunku Abdul Rahman on March 11, 1957 and met for the first time on April 3, 1957. Present were Datuk Abdul Razak Hussein (chairman), Colonel Sir Henry Hau Shik Lee (Minister of Finance), W.L.R. Carbonell (Commissioner of Police), E.M. McDonald (Chairman of the Ex-Advisory Stadium Committee), A.D. York (President of the Municipal Council, Kuala Lumpur), Ismail Abdul Latiff (State Secretary, Selangor), Lim Kee Siong (FA of Malaya rep), Kwok Kin Keng (FAM), J.N. Hughes (Malayan Rugby Union), C.L.A Stork (FM Amateur Athletic Union), Stanley Ponniah (Malayan Hockey Federation) and later replaced by K. Aryaduray and S.C.E Singam (secretary). Singam, a fearsome teacher at VI and later Klang High School, was a strong advocate of the stadium. He was also known as Bola Singam. He contested as an independent candidate of Bungsar (now Bangsar) in the then Town Hall. Secretary and later succeeded Tunku as president of FA of Selangor, Singam died of stroke in 1963. Singam is second from right. Extreme right is Aryaduray.
Aryaduray, founding secretary of MHF
The Coronation Park was developed from an old Chinese cemetry hill in the late 1930s. According to S.E. Jewkes who planned and designed the stadium, the terraces were to accomodate 21,364 persons, including 3,000 under cover. Access is provided through 50 turnstiles and the stadium can be filled in half an hour or cleared in 10 minutes. The construction of the stadium entails the movement of 200,000 tons of earth and the placing 10,000 tons of concrete and 700 tons of steel reinforcement. Designs for the stadium were commenced on 15th July, 1956 and work on the stadium itself commenced on 25th September, 1956.
Ketiadaan Duit.. (FAM - Bolasepak Malaysia)
Saya memang tidak berduit pun di kala dan ketika ini. Tetapi setidak berduit saya pun, tiadalah pula saya menghebohkan satu dunia..err..ker saya sudah pun terheboh?..tidak mengapalah. Topic pada posting kali ini adalah berkenaan keadaan ekonomi Persatuan Bola Sepak di Malaysia yang kian meruncing.Isu EPF, gaji tertunggak, gaji tak mahu bayar, pemain tidak bergaji dan bermacam- macam isu lagi melanda, dan yang terbaru, melibatkan Persatuan Bola Sepak Sarawak. Isu-isu begini amat-amatlah tidak mustahil berlaku untuk pasukan-pasukan dalam Liga M, yang mana, income pasukan adalah semata-mata duit kutipan tiket yang tidak seberapa. Sekitar RM30,000 untuk 13 perlawanan, sebagai contoh, nilai yang berjaya dikutip oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak. Nilai yang RM10,000 melebihi perbelanjaan mereka setiap kali terbang keluar dari Kuching, yang menelan belanja RM20,000.
Sedih mendengarnya. Cakap banyak pun tiada gunanya. Sila lihat contoh terdekat dari jiran sebelah kita di utara, Thailand. Thailand Premier League memang diakui FIFA sebagai salah sebuah liga bola sepak di Asia yang cepat proses pembangunan dan perkembanganya. Terbaru, tak baru sangat la, 19 Julai yang lalu, sebuah gedung membeli belah ibarat Megastore di Old Trafford semasa zaman keagungan David Beckham dahulu, telah dilancarkan oleh syarikat pakaian sukan kebanggaan Thailand, FBT. Gedung membeli belah ini terletak di FBT Building, berhadapan Stadium Rajamangala. Bezanya dengan Megastore di Old Trafford ialah, gedung membeli belah ini, yang diberi nama TPL Shop, menawarkan semua barangan rasmi pasukan-pasukan dalam Thailand Premier League.



P/S: Perlu contoh yang lebih baik? Ambillah inspirasi dari J League.
Isnin, 17 Ogos 2009
Footie on 89.9

Disalin daripada: http://rizalhashim.blogspot.com
KUALA LUMPUR, 12 AUGUST 2009: Saturday 15 August 2009 at 7pm will witness a change in the landscape of Malaysian radio, when the Barclays Premier League Season 09/10 hits the airwaves LIVE for the very first time, only on BFM89.9.
With made‐for‐radio commentary LIVE from the UK for all weekend matches, and original local programming supporting the live matches, BFM89.9 are delivering ‘Football Anywhere’ for Malaysian fans, bringing not only the best football league in the world to their listeners, but also introducing a new advent in sports radio programming.
BFM’s local content delivery will focus on the latest Premier League news, hot off the press with exclusive interviews direct to the UK, opportunities for fans to have their say, prematch predictions, energetic and lively discussions, debates and lots of humour!
Extensive fan interaction with an enthusiastic and knowledgeable team of presenters provide Malaysian football fans the opportunity to communicate their opinions and predictions on arguably the most well‐known and widely supported football league in the world today.
Programme Rundown:
‘Thank Friday It’s Footie (TFIF)’
Friday night preview show of the weekend’s Premier League action,
7.30pm – 8.30pm only on BFM89.9
‘Live & Kicking Soccer Saturday’
Kicks off at 7pm every Saturday, with football chat and predictions before the
Saturday football action LIVE from the UK
‘Live & Kicking Soccer Sunday’
Kicks off at 7.30pm every Saturday, with football chat and predictions before the
Sunday football action LIVE from the UK
‘Life's a Pitch’
Monday night highlights show with the best goals, interviews and news from the weekend.
Daily News Bulletins
Every morning on the hour, starting at 6.30am through to 9.30am, hourly Barclays
Premier League Bulletins to bring you up to date with the latest news and gossip before you get to the office.
BFM’s Managing Director, Malek Ali commented today, “To bring the Barclays Premier League to Malaysian radio, and more importantly, deliver live sports radio to Malaysians, is part of BFM’s culture of constantly pushing the boundaries.”
He continued, “The opportunity to do something truly unique and irreverent is what we strive for, and taking the Barclays Premier League into a new medium, with an original style of broadcasting, delivers on this promise. At BFM we only go for the best, and the best football in the world is the Barclays Premier League.”
So can’t get to a TV? Now there is NO excuse for missing all the action.
About BFM89.9
BFM launched in September 2008, and is a 24‐hour independent radio station focused on business news and current affairs. Core programmes include the latest business news and stock market reports from Malaysia and other financial centres, interviews with business personalities, financial analysts, entrepreneurs, technologists and marketers.
BFM also offers business education programmes spanning areas like marketing, finance, technology and business productivity to raise the management proficiency of the Malaysian business and professional community.
BFM targets people who aspire for professional and personal success.
As part of its programming, BFM is also renowned for providing listeners with a timeless music experience, which has rapidly gained a growing fan base. BFM is also embarking on meeting the lifestyle, as well as business, needs of its target group, including health, the arts and now sports, with football spear‐heading the weekend programming.
BFM can be received on frequency 89.9 in Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan and parts of Melaka.
Khamis, 13 Ogos 2009
Pengarah Eksekutif BP Asia Pacific (M) Sdn. Bhd., Datuk Rosli Hussin
BP myScience: Cabaran kurangkan pengeluaran CO2
Pengarah Eksekutif BP Companies in Malaysia, Datuk Rosli Hussin (kiri) menerangkan mengenai kipas solar kepada guru yang menghadiri Bengkel BP myScience di Hotel KL International Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sebanyak 12 sekolah rendah dan 11 sekolah menengah di sekitar Lembah Kelang, Pahang dan Terengganu akan memulakan Cabaran BP myScience untuk mencari strategi terbaik mengurangkan pengeluaran karbon dioksida (CO2) di persekitaran sekolah masing-masing.
Cabaran yang akan bermula pada Mac ini memberi peluang kepada para peserta iaitu pelajar dan guru bekerjasama mewujudkan strategi berkenaan dalam tempoh kira-kira lapan bulan sehingga tarikh akhir iaitu pada 31 Oktober tahun ini.
Cabaran BP myScience merupakan yang julung-julung kali diadakan melibatkan pelajar-pelajar berusia 10 tahun sehingga 16 tahun.
Ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori sekolah rendah melibatkan dua sekolah rendah di Kuala Lumpur, Selangor (4), Kuantan (3) dan tiga buah sekolah rendah di Kertih.
Kategori sekolah menengah pula melibatkan lima sekolah di Kuala Lumpur, Selangor (2), Kuantan (2) dan dua sekolah menengah di Kertih.
Cabaran BP myScience menyediakan hadiah keseluruhan bernilai RM87,200.
Setiap kategori sekolah yang memenangi tempat pertama akan menerima wang tunai RM5,000 dan pelbagai hadiah lain.
Sebahagian daripada guru yang menyertai bengkel BP myScience anjuran BP Asia Pacific di Hotel KL International Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tempat kedua akan memenangi hadiah wang tunai RM3,000 dan tempat ketiga akan memenangi hadiah wang tunai RM2,000.
Beberapa kategori hadiah turut diadakan iaitu Laman Web Terbaik (RM500), Pameran dan Penyampaian Terbaik (RM500) dan hadiah saguhati terhadap guru-guru dari sekolah yang menang.
Pertandingan tersebut merupakan kerjasama Perkhidmatan Pendidikan BP, Kementerian Pelajaran dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS).
Tema bagi pertandingan tersebut ialah How Can We Reduce Our Carbon Footprint @ School (energy optimization) yang menekankan kesedaran kepada para peserta tentang kesan aktiviti harian terhadap alam sekitar.
Carbon Footprint iaitu ukuran kesan aktiviti harian terhadap alam sekitar terutama perubahan cuaca adalah berhubung kait dengan jumlah gas rumah hijau yang dihasilkan dalam kehidupan seharian seperti penjanaan elektrik, kepanasan dan pengangkutan.
Tujuan utama pertandingan itu ialah untuk mendidik generasi muda mengenai perubahan cuaca dan tindakan yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan pencemaran di negara ini mahupun secara global.
Selain itu ia bertujuan mengurangkan pengeluaran karbon dioksida dan pengeluaran rumah hijau yang lain dan sekitar sekolah, menggalakkan kepimpinan dan pemberian kuasa kepada para pelajar, memupuk kerjasama antara guru dan pelajar untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau.
Pertandingan itu juga turut menekankan usaha memupuk generasi yang menyokong pemuliharaan alam sekitar, mengukur pemahaman kesedaran Carbon Footprint di sekolah dan mengukur usaha mengoptimumkan tenaga yang boleh memberi faedah kepada pelajar dan sekolah.
Tema bagi pertandingan tersebut ialah How Can We Reduce Our Carbon Footprint @ School (energy optimization) yang menekankan kesedaran kepada para peserta tentang kesan aktiviti harian terhadap alam sekitar.
Carbon Footprint iaitu ukuran kesan aktiviti harian terhadap alam sekitar terutama perubahan cuaca adalah berhubung kait dengan jumlah gas rumah hijau yang dihasilkan dalam kehidupan seharian seperti penjanaan elektrik, kepanasan dan pengangkutan.
Tiga peringkat cabaran ialah Schools Link iaitu memperkenalkan perkhidmatan modul-modul pendidikan Sains BP dalam program dan aktiviti kelab sains sekolah terlibat.
Carbon Challenge iaitu cadangan perancangan tindakan kesedaran perubahan cuaca dan usaha pengoptimuman tenaga dan mempromosi kehidupan yang mesra alam.
Sembang Sains pula ialah sesi ceramah Sains di sekolah untuk mempromosi kesedaran sains yang akan disampaikan oleh pelbagai pihak yang terlibat.
Peralatan solar - Bengkel BP myScience untuk guru sekolah rendah dan menengah.
Pelajar dan guru terlibat akan turut dibawa ke Ma Daerah, Terengganu pada Mei sebagai salah satu sesi Sembang Sains, promosi pemuliharaan penyu di kawasan perlindungan penyu.
Majlis penerangan kepada guru-guru sekolah yang terlibat telah diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini dengan dihadiri oleh Pengarah Eksekutif BP Asia Pacific (M) Sdn. Bhd., Datuk Rosli Hussin dan Penolong Pengarah Cawangan Kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia, Raja Azhar Raja Sulaiman.
Setiap sekolah akan diberi wang perbelanjaan untuk projek masing-masing yang dikenali sebagai Seed Money berjumlah RM1,000 setiap sekolah.
Penilaian pertandingan memfokuskan antaranya perbezaan peratus bilangan karbon tenaga yang digunakan oleh sekolah seperti elektrik dan air.
Ia juga menilai terhadap projek-projek kesedaran karbon seperti penanaman pokok, kempen Tidak kepada Plastik, pengemaskinian laman web, pameran semasa majlis penyampaian hadiah yang akan diadakan di Pusat Sains Negara (PSN) pada November ini.
Selain itu penilaian turut dibuat terhadap penyampaian kerja-kerja sekolah dan laporan belanjawan Seed Money.
Disalin daripada: http://www.tutor.com.myp/s: Entri ini adalah sebagai tanda ingatanku dan penghargaanku kepada Datuk Rosli Hussin yang pernah menjadi salah seorang daripada Mentor ku...
"Datuk,Tahniah di atas pelantikan penganugerahan gelaran Datuk dan Tahniah juga di atas pelantikan sebagai Pengarah Eksekutif BP Asia Pasific! Bintang Datuk nyata terus berkilau! Terima kasih di atas nasihat dan yang pernah diberikan semasa dalam BP-UIA GEMILANG satu ketika dulu..."





