Khamis, 5 Februari 2009

Pening kepala...


Hari ini kepala agak pening sedikit. Agaknya salah posisi tidur malam tadi. Selalu begitulah. Bila sampai di pejabat, buka komputer, belek website yang sudah dibookmark, kepala bertambah pening...

Mula-mula..headline laman The Malaysian Insider:

Ready for a dose of reality?
KUALA LUMPUR, Feb 5 — Warning from the government to the public: the economy is going to go through a much rougher ride this year than anticipated.


Wahhh...puhhh...ini agak cemas ni...naik-turn prestasi ekonomi mungkin tak seperti dijangkakan? Bawah daripada headline tadi, ada caption ini pula:

Perak tumult sets stage for more political woes
KUALA LUMPUR, Feb 5 — The high drama surrounding the collapse of the Perak state government yesterday is set to deepen the country’s political despair and distract the government from tackling the effects of a worsening global recession.

Nampaknya gelojak lava gunung berapi politik Perak kini semakin hampir untuk menghamburkan segala bahang bara kepanasannya yang amat sangat! Gunung berapi ini tidak lagi mungkin dapat dihalang daripada meletus. Pasti letusannya itu nanti melepaskan pelbagai cerita dan rahsia yang selama ini disimpan dan dipendam. Semalam rakanku dari Perak, menelefon: "Kerajaan Perak bukan sahaja nak bubar, tapi nak jadi bubur dah! ".

Ya Allah...Aku seperti rakan-rakan lain dan mungkin sebahagian lagi rakyat negara ini, tidak mahu perkara ini terjadi. Samada prestasi ala yoyo ekonomi ataupun letusan gunung berapi politik yang akhirnya...tidak menguntungkan rakyat langsung!

Dalam keadaan yang agak sukar dan kritikal ini, aku merasakan seharusnya kita semua menumpukan tenaga dan tumpuan kepada langkah-langkah memacukan haluan kepada pembangunan ekonomi neghara kita ini...cari jalan macamana hendak sekurang-kurangnya kekal dalam prestasi ekonomi yang stabil. Ataupun macamana hendak membantu mereka yang kehilangan pekerjaan, cari cara macamana hendak membantu para peniaga kekal dalam perniagaan masing-masing...Aku tidak pasti adakah polisi dan langkah-langkah counter-recession yang sedang dilaksanakan ketika ini mencukupi atau tidak. Semua pihak harus bekerjasama, baik kerajaan sebagai initiator, pihak swasta, dan jga kita semua sebagai rakyat negara ini!

Entahlah...hati ini agak pilu bila mendengar hampir setiap hari ada sahaja kilang-kilang industri terpaksa ditutup atau menghentikan operasi. Samada untuk sementara ataupun selamanya...Hati juga agak pilu apabila terdengar ada kalangan kita yang mengeluh.."Job dah tak banyak..."

Ya Allah..Kau bantulah hamba-hamba Mu yang dhaif ini...hamba-hamba Mu yang tidak terdaya ini bagi mengharung saat-saat sukar ini...Kau peliharalah kesejahteraan anak-anak kami...isteri-isteri kami...ibu bapa kami...dalam melalui saat-saat sukar ini...Kau tetapkanlah Iman kami...Kau tetapkanlah hati kami dalam HidayahMu...Amin....Ya-Rabbal Alamin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan