Khamis, 26 Ogos 2010

Ranum Ramadhan - Yang kudengari di IKIM.fm pagi ini

Sebuah puisi indah oleh Datuk A. Samad Said (http://samadsaid.wordpress.com/)


Fajar harum, bermula salam dalam udara
yang mengkhusyukkan. Semuanya tiba
terdampar dalam sepi bermusim sabar:
Hati dan budi, didakap tulus oleh solat,
dalam gementar yang sentiasa syahdu.
Dalam nafas jerih bulan paling jernih,

amalan puasa mencabar dan mengajar.
Terlimpah sepadat makna yang perih;
kita belajar dari derita yang pedih;
dan dalam bulan ujian terlalu garang
kita masih boleh mengutip kesejahteraan.
Dongak ke angkasa rahsia mengkhayali

lapisan sfera, ke qalbu tersentuhnya
kita, digundahi kekaguman luar biasa:
Bumi anugerah Allah dan terpilih kita
khafilahnya, datang yang dianugerahi,
boleh memberi, boleh juga memungkiri,
terpulang santun memilih atau menafi.

Bulan ini memangnya saat bertafakur,
bersedia memurni diri jika bersyukur,
kerana puasa yang menguji, menjelang
Aidilfitri, nafas kudus menghening diri,
terbimbing ke batin lebih berhemah.
Terima kasih kita sepadu syahdu arah

yang memang datang seiring anugerah;
kerana manusianya kita, dan kerdilnya
di hadapan Allah, wajar bersyukurlah
setiap saat, sepurnama, penuh mekar
dalam debar, membaca setiap iktibar.
Kita beransur ranum dalam bulan mulia.

A. SAMAD SAID

Terbang Tinggi - Buat mereka yang saya kenali sebagai yang berani, tabah, dan cekal ...

Terbang Tinggi - Yassin (album Salsabila)


Kau ingin tahu terbang tinggi apa pengertiannya?

Kau perlahan-lahan melangkahkan kaki
Cuba mendaki sejauh lelangit yang tinggi
Seperti mereka yang telah merasa
Terbang tinggi apa pengertiannya

Hidupnya bagaikan insan yang asing
Si musafir berkelana di bumi yang lain
Tiada bermegah tidak terlalu lemah
Sebaik perkara yang sederhana

Katakan hidup dengan pujian manusia
Atau mati dengan cacian mereka
Pengertian hidup bukanlah apa yang kau sangka

Jangan kesal jangan sesal dengan siapa sebenarnya kita
Dan terbang tinggi di langit yang luas
Terima dirimu seadanya

Jangan caci pada si dia hina
Jangan benci pada yang tak mengertinya
Kasihanilah dia yang tak menghayatinya
Jangan takut kiranya kau berbeza

Perbezaanya kita ilmu dan sikap
Mungkin kelak kau akan mengertinya
Pengertian hidup bukanlah apa yang kau sangka

Jangan sesal jangan kesal
Jangan kesal jangan sesal
Terima dirimu seadanya
Dan terbang tinggi dilangit yg luas

Sabtu, 14 Ogos 2010

Ramadhan 2 Zaman


Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com

Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza

Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa diawal zaman
Ramadhan kami malang terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatangan mu
Kami gembira dengan pemergian mu
Malam mereka meriah disimbah Nur Al Quran
Tapi malam kami muram bertemu dengkur

Mereka berlumba mengejar makrifat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga

Isnin, 9 Ogos 2010

BUANG BAYI ?!…. moh madon, kata wali songo!!!


Entri ini dipetik daripada blog Bonda Nelli: http://blogs.iium.edu.my/martinelli/

Menghadiri sidang meja bulat di Kementerian bersama beberapa wakil NGO. Suatu usaha yang baik bagi mendapatkan pandangan rakyat. Hanya segelintir NGO Islam yg hadir. Saya hadir tanpa diundang semata2 ingin mengetahui keadaan sebenar. Topik perbincangan ..isu buang bayi, isu yg mengerikan. Statistik yg dibentangkan oleh PDRM menambahkan lagi kengeriaan itu. Apakah negara kita sedang menerima bala? …. astaghfirullahil ‘azim.

Ada yang mencadangkan usah dihukum mereka yg datang membuat laporan, sebab akan menambah kes. Perlu diajar pendidikan seks supaya mereka tahu. Sediakan tempat meletakkan bayi yg selamat. pengharaman pornografi perlu dilakukan dengan lebih keras. Ada yang menyokong ada yang menolak berdasarkan fakta2 tertentu.

Institusi kekeluargaan perlu diperkemas supaya anak2 rapat dengan ibu tetapi apa, siapa , bagaimana ia boleh dilakukan?

Pelbagai hujah dikemukakan menambah sesak fikiran. Yang mana satu yg perlu didahulukan. Keadaan kini seolah2 orang memakai selimut pendek, ditarik ke atas, terbuka kaki, ditarik ke bawah terbuka badan…..DAN dipenghujungnya, seperti biasa……. jom buat pelancaran kempen besar-besaran di IPT!!!!!!!

Saya tidak lagi mampu tersenyum. Semua kita tahu akarnya, dasarnya dan asasnya adalah nilai agama. Analisanya adalah ilmu. Perancangannya adalah muafakat. Pelaksanaannya adalah komitmen dan tanggunjawabnya adalah pada kita semua.

Apabila rasa bertuhan gersang dari hati, si gadis mengikut saja ajakan si teruna yang punya nafsu tetapi akal tidak terbimbing dengan sempurna.

Jiwa bertuhan kering di hati ibubapa, hubungan dengan Allah terhijab dan doa tidak kesampaian.

Jiwa bertuhan hilang dari masyarakat, kita meninggalkan hukum agama yang sudah sedia jelas dan mencari hukum lain untuk mencari penyelesaian.

Teringat saya cerita sdr. Ahmad Azam dalam tazkirahnya tentang kisah Sunan Ampel salah seorang Wali Songo yang menasihatkan raja Majapahit, Prabu Sri Kertawijaya yang beragama Hindu. Sang raja gelisah dengan masalah rakyatnya yang kucar-kacir dan mengeluh kepada permaisurinya, Ratu Darawati. Sang Ratu mencadangkan agar raja meminta nasihat Sunan Ampel bagaimana harus menyelesaikannya. Sunan Ampel atau Raden Rahmat yang merupakan seorang ulama dan pendakwah Islam lalu menyarankan falsafahnya yang terkenal, ”moh limo” atau jauhi 5 perkara yang tercela.

1. moh main (tidak mau judi),

2. moh ngombe (tidak mau mabuk),

3. moh maling (tidak mau mencuri),

4. moh madat (tidak mau mengisap candu), dan

5. moh madon (tidak mau berzina).

Sang raja mengikut saja nasihat Sunan dan akhirnya ternyata nasihat tersebut berjaya mengamankan negara. Aktiviti meyabung ayam diharamkan dan sesiapa yang melakukannya akan dibawa menghadap raja lalu dihukum. Rakyat dilarang membuat tuak. Pencuri dihukum seadil-adilnya. Daun ganja, madat dan candu dimusnahkan. Sesiapa yang melakukan madon (zina) diberikan hukuman berat.

Raja akur dengan pendapat orang yang berilmu, rakyat akur dengan perintah raja, tentera menjalankan tugas di setiap penjuru negara. Akhirnya rakyat hidup bahagia. Para petani gembira dengan hasil titik peluh mereka, peniaga bertambah untung, kaum wanita terjaga dan kanak-kanak selamat membesar dalam pangkuan keluarga.

Walaupun raja menolak untuk masuk Islam, namun baginda tidak menghalang rakyatnya mengikuti ajaran Sunan Ampel kerana kagumnya baginda dengan pendekatan sang wali yang penuh hikmah itu. Tiada paksaan tiada kekerasan. Rakyat masih terus bermain gamelan dan kesenian lain yang sudah sebati dengan kehidupan mereka. Jiwa bertuhankan Allah yang satu tidak ada anak, tiada ibubapa dan keindahan wajahNya tidak boleh diukir dengan patung akhirnya menusuk ke dalam hati masyarakat dengan lembut.

Apakah Malaysia perlukan Sunan Ampel untuk menyelesaikan masalah keruntuhan moral hari ini? Tidak, pemimpin kita adalah Islam bukan Hindu, Ulama’ kita ada beribu, rakyat 60% beragama Islam dan tahu dosa dan pahala.

Yang perlu ialah

Tanamkan jiwa bertuhan di setiap hati insan yang masih bernyawa. Letakkan Tuhan di hati agar kita sentiasa sedar akan kehadiranNya.

Buatlah apa saja yang mampu kita lakukan tanpa bertangguh, tanpa alasan.

Usah diulang cerita bangau oh bangau kerana mereka menanti huluran tangan kita yang gigih bukan mulut kita yang banyak dalih.

Sampaikan nasihat kepada sesiapa saja kerana “Agama Itu Adalah Nasihat,” kata Rasulullah salallahu ‘alaihi wassalam.

*foto kredit Saudara Mohsen Amdan

Ahad, 1 Ogos 2010

Program Persediaan Ke Dunia Kerjaya & Pembinaan Ketrampilan Mahasiswa


Entri ini disalin daripada blog sahabat baik saya iaitu Mohsen Amdan: http://mohsenamdan.blogspot.com

(Entri ini merupakan sebahagian daripada keseluruhan catatan blog Saudara Mohsen Amdan di bawah tajuk entri yang sama)

Salam
Agak lama saya tidak kemaskini blog ini atas kesibukan pelbagai urusan termasuk tahap kesihatan yang kurang baik. Kali ini saya cuba menulis mengenai 2 program yang sama tetapi berlangsung di lokasi berbeza - Morib dan Melaka. Program ini merupakan anjuran Felcra Training & Consultancy Sdn Bhd dengan dana diperoleh dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Mensasarkan graduan baru dan mahasiswa tahun akhir, program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai cabaran dan laluan graduan, sektor perkhidmatan awam dan swasta, kaedah permohonan kerja, temuduga serta dana - dana kerajaan yang berpotensi untuk dipohon oleh mereka.

...

16 - 18 Julai 2010
Puteri Resort Ayer Keroh Melaka


Sebahagian dari peserta lelaki ketika sesi Ice - Breaking

Selang sehari, program ini dilangsungkan di sebuah resort yang memiliki kolam renang terbesar di Melaka - Puteri Resort. Kali ini, peserta datangnya dari 2 institusi pengajian di Melaka - Politeknik Merlimau dan Kolej Universiti Islam Melaka. Jumlah peserta kali ini mencecah 117 orang. Saya pula kali ini dibantu oleh Pesot dan isteri, Fairus dan rakan mereka Hadi yang juga merupakan pembantu kepada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa. Wakil dari FELCRA pula kali ini ialah En. Mustakim.


Sesi senaman pagi di depan kolam renang

Kali ini, cabaran saya ialah jumlah peserta yang besar tetapi ruang yang kecil dan agak sempit. Untuk kali pertamanya dalam tempoh beberapa tahun, saya tidak melakukan banyak aktiviti dalam sesi program - ruang yang sempit dan peserta yang ramai. Namun, saya bersyukur kerana peserta - peserta sangat fokus dan komited terhadap program ini.


Fadzli Kadir menyampaikan ceramahnya


Rakan penceramah lain juga dijemput bagi memantapkan pengisian kali ini. Untuk ceramah sektor awam, rakan baik saya Rizal Rosli hadir memberikan input. Sektor swasta pula disampaikan oleh rakan yang banyak membantu menaikkan nama kumpulan muzik saya dahulu iaitu Fazli Ibrahim yang kini berkhidmat di Petronas. Saya turut mengundang rakan pemikir saya iaitu Fadzli Kadir untuk berkongsi pandangan mengenai cabaran dan senario semasa dunia kerjaya.


Tok Ijal ketika mengendalikan sesinya


Terimakasih pada Puan Suriani dan Puan Siti Marsitah kerana membantu mendapatkan peserta bagi program ini.

Daripada saya: Sen, terima kasih di atas peluang yang diberikan!