Ahad, 1 Ogos 2010

Program Persediaan Ke Dunia Kerjaya & Pembinaan Ketrampilan Mahasiswa


Entri ini disalin daripada blog sahabat baik saya iaitu Mohsen Amdan: http://mohsenamdan.blogspot.com

(Entri ini merupakan sebahagian daripada keseluruhan catatan blog Saudara Mohsen Amdan di bawah tajuk entri yang sama)

Salam
Agak lama saya tidak kemaskini blog ini atas kesibukan pelbagai urusan termasuk tahap kesihatan yang kurang baik. Kali ini saya cuba menulis mengenai 2 program yang sama tetapi berlangsung di lokasi berbeza - Morib dan Melaka. Program ini merupakan anjuran Felcra Training & Consultancy Sdn Bhd dengan dana diperoleh dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Mensasarkan graduan baru dan mahasiswa tahun akhir, program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai cabaran dan laluan graduan, sektor perkhidmatan awam dan swasta, kaedah permohonan kerja, temuduga serta dana - dana kerajaan yang berpotensi untuk dipohon oleh mereka.

...

16 - 18 Julai 2010
Puteri Resort Ayer Keroh Melaka


Sebahagian dari peserta lelaki ketika sesi Ice - Breaking

Selang sehari, program ini dilangsungkan di sebuah resort yang memiliki kolam renang terbesar di Melaka - Puteri Resort. Kali ini, peserta datangnya dari 2 institusi pengajian di Melaka - Politeknik Merlimau dan Kolej Universiti Islam Melaka. Jumlah peserta kali ini mencecah 117 orang. Saya pula kali ini dibantu oleh Pesot dan isteri, Fairus dan rakan mereka Hadi yang juga merupakan pembantu kepada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa. Wakil dari FELCRA pula kali ini ialah En. Mustakim.


Sesi senaman pagi di depan kolam renang

Kali ini, cabaran saya ialah jumlah peserta yang besar tetapi ruang yang kecil dan agak sempit. Untuk kali pertamanya dalam tempoh beberapa tahun, saya tidak melakukan banyak aktiviti dalam sesi program - ruang yang sempit dan peserta yang ramai. Namun, saya bersyukur kerana peserta - peserta sangat fokus dan komited terhadap program ini.


Fadzli Kadir menyampaikan ceramahnya


Rakan penceramah lain juga dijemput bagi memantapkan pengisian kali ini. Untuk ceramah sektor awam, rakan baik saya Rizal Rosli hadir memberikan input. Sektor swasta pula disampaikan oleh rakan yang banyak membantu menaikkan nama kumpulan muzik saya dahulu iaitu Fazli Ibrahim yang kini berkhidmat di Petronas. Saya turut mengundang rakan pemikir saya iaitu Fadzli Kadir untuk berkongsi pandangan mengenai cabaran dan senario semasa dunia kerjaya.


Tok Ijal ketika mengendalikan sesinya


Terimakasih pada Puan Suriani dan Puan Siti Marsitah kerana membantu mendapatkan peserta bagi program ini.

Daripada saya: Sen, terima kasih di atas peluang yang diberikan!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan