RhyThM-CruNcHeR |
09-12-2009, 12:33 AM |
MINAT SUKAN Saya peminat sukan sejati. Minggu ini saya menonton perlawanan peringkat awal tennis Terbuka Amerika Syarikat, sambil menunggu persaingan Liga Perdana England, terutama Manchester United-Spurs yang dijadualkan malam ini. Tidak pasti pula sama ada pembaca sekalian menyaksikan kemuncak badminton Terbuka Taiwan baru-baru ini yang dimenangi oleh pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh. Terbuka Taiwan juga menyaksikan kemunculan beregu campuran India, V. Diju-Jwala Gutta. Saya ikuti detik-detik sedemikian bagi mengetahui trend terbaru. Saya lihat sukan melalui sudut yang relevan, termasuk dalam merancakkan ekonomi negara dan sebagai platform perpaduan serta anak tangga bagi yang muda mendaki kejayaan, sehingga jadi jutawan. BAKAT DI BRAZIL Mari kita lihat kemungkinan ini - Musim Liga bolasepak Brazil agak berbeza dengan keseluruhan liga Eropah. Kita juga kurang kenal pemain-pemain muda Brazil sehingga mereka dipancing oleh kelab-kelab Eropah, contohnya Alexandre Pato, 19, yang kini bermain untuk AC Milan. Tidak terlintaskah di hati kita siapa bintang ternama yang bakal diketengahkan oleh Brazil dalam Piala Dunia nanti? Bagi saya, kita harus dapatkan Flamengo dan Sao Paolo bermain di sini, supaya peminat di seluruh Asia dan tenaga kerja asing dari ibu kota berhampiran membanjiri Kuala Lumpur. Hotel-hotel dapat meraih peningkatan bisnes serta anak muda kita memahami budaya samba, seperti mana kita diperkenalkan kepada Diego Maradona ketika dia bertandang ke sini pada 1982 dengan Boca Juniors. Strategi pemasaran harus tepat. Kurang publisiti mengenai Liga Brazil tetapi ramai bintang taraf dunia di sana. Cuma kita kurang didedahkan kepada mereka. KUALA LUMPUR IBU KOTA BOLA SEPAK Saya membayangkan Kuala Lumpur sebagai ibu kota pertembungan bola sepak Eropah, Latin Amerika, Afrika serta Asia. Kita jadualkan lawatan 16 pasukan ternama seluruh dunia setahun. Manchester City dimiliki jutawan Arab. Kita boleh pelawa mereka bermain di sini, mungkin tidak pada musim panas tahun depan kerana bintang ternama terlibat dalam Piala Dunia. MANCHESTER UNITED Apabila Manchester United bertandang ke Kuala Lumpur pada 2001, Sir Bobby Charlton, yang turut saya minati ketika muda selain Booby Moore (West Ham), mengunjungi saya di pejabat. Dia menghadiahkan jersi Manchester United, tertera nama Daim, pemain bernombor 9. Itu nombor kegemaran Charlton. Saya sendiri lebih suka menjadi pemain pertahanan. Baru-baru ini apabila Manchester United datang lagi, saya berpeluang bertemu semua pemain, penyerang dan pertahanan, dan mereka tanda tangan di jersi yang dihadiahkan kepada saya. Tidak tahulah saya sama ada Michael Owen dan Dimitar Berbatov dapat membantu Wayne Rooney menjaringkan gol dengan ketiadaan Cristiano Ronaldo. Ryan Giggs dan Paul Scholes sudah berumur serta mungkin mudah mengalami kecederaan. Chelsea mampu menguasai persaingan tetapi Michael Ballack, Frank Lampard, Deco dan Didier Drogba semuanya dalam lingkungan 30-an. TERDIDIK DALAM TEKNIK DAN FALSAFAH Persoalan yang lebih penting bagi saya ialah siapakah bakal jutawan pertama bolasepak Malaysia? Mungkinkah seorang daripada kanak-anak yang kita lihat dalam National Little League (Liga Kebangsaan Kanak-kanak) melalui Astro akan membanggakan negara? Saya terpegun melihat kebolehan anak-anak ini. Maaf, saya tak ingat nama mereka. Tetapi ada seorang penyerang yang memakai jersi No 6 yang sudahpun menjaringkan lapan gol. Saya lihat dia ada naluri sebagai penyerang modern seumpama Rooney. Saya terfikir apakah amalan pemakanan dia? Apakah beliau dibimbing cara mengambil makanan secara professional? Lionel Messi tidak sebesar mana, tetapi dia kental dan langsung tidak gerun pada pemain-pemain yang lebih besar. Saya sudah melawat beberapa kelab ternama EPL dan terpesona melihat disiplin pemakanan mereka. Apakah bahan bacaan anak muda yang memakai jersi No 6 itu? Saya tanya mengenai bahan bacaan kerana kita dapati pemain Sepanyol dan Perancis lebih berilmu dan faham persoalan falsafah. Pembaca sekalian tentu sekali ada mengikuti interviu dengan bekas penyerang Manchester United dan Perancis, Eric Cantona. Bandingkan pula temubual dengan bintang-bintang EPL. Pemain kita harus bijak seperti Cantona. NEWCASTLE UNITED Saya pernah diusik rakan yang bertanya: “Tun, tak berminatkah beli pasukan ternama EPL?” Saya sudah 71 tahun. Biarlah mereka yang muda terlibat kerana pengurusan kewangan, jual beli, menyediakan program merchandising, tajaan dan program latihan pemain negara semuanya memerlukan tumpuan sepenuh masa. Ada yang bertanya mengenai Newcastle United. Satu ketika dulu, memang ada pihak yang saya kenali meninjau kemungkinan ke arah sedemikian tetapi Newcastle kini bermain di Divisyen Satu. Jumlah gaji atau kos saraan pemain terlalu tinggi. Apa jadi sekiranya mereka cedera? Kelab-kelab Perancis atau Belanda lebih menarik untuk diterokai, pada pandangan saya. Mereka tidak putus-putus menghasilkan bintang baru. Kelab-kelab Perancis dapat menarik minat pemain Afrika dari Franchophone, tanah bekas jajahan Perancis. Saya sering berkunjung ke Afrika bagi tujuan bisnes. Mana saja ada kawasan lapang, kita lihat anak muda bermain bola. Skil mereka agak luar biasa, serta mereka bertubuh besar. AFRIKA SELATAN 2010 Piala Dunia Afrika Selatan? Insya-Allah saya akan berada di sana kelak. Tambahan pula saya kini terlibat dalam Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) melalui jawatankuasa audit. Kuala Lumpur, Thailand dan Indonesia boleh sama-sama menawarkan diri menjadi tuan rumah Piala Dunia, namun kita harus mampu bersaing sehingga ke suku akhir, setidak-tidaknya. Kita terlalu tercorot sekarang ini. SUKAN CABANG EKONOMI Oleh itu, dalam pada kita meminati bolasepak, pilihlah sukan yang mana anak kita boleh melonjak menjadi pemain nombor satu dunia seperti Datuk Nicol David. Nasihat saya pada anak muda ialah – anda perlu susun strategi untuk jadi yang terbaik. Ia semacam merangka satu pelan perniagaan. Kuasai Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa yang lain kerana sukan meliputi pasaran global. Sukan juga saluran ekonomi dan kenegaraan. Di tahap pertama, ia satu kerjaya yang boleh menjana pendapatan luar biasa bagi seseorang individu. Di tahap kedua, temasya sukan menjana aktiviti ekonomi walaupun negara tidak mencapai kejayaan cemerlang. Contohnya Formula 1. Lama kelamaan akan muncul juga di kalangan kita seorang jaguh seperti Michael Schumacher yang pernah menghadiahkan topi kepada saya. Kita juga untung dari segi pemindahan teknologi dan kejuruteraan serta mudah dilihat di seluruh dunia (visibility). Di tahap ketiga - kejayaan sukan di peringkat nasional bakal wujudkan kesan ekonomi di semua peringkat. Tahap yang lebih penting ialah kita harus berusaha maju dalam sukan bagi menaikkan nama dan prestij negara. Selamat menonton dan menimba ilmu. |
Tuhan dosaku menggunung tinggi Tapi rahmat-Mu melangit luas Harga selautan syukurku Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi Tuhan walau taubat sering kumungkir Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi Bila selangkah kurapat pada-Mu Seribu langkah Kau rapat padaKu (The Zikr)
Isnin, 14 September 2009
Bicara Bola Sepak Bersama Tun Daim
Disalin daripada: http://www.eplx.my (Terima kasih kepada Abg Rizal Hashim di atas link laman ini)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan