Jumaat, 11 September 2009

Kasih Pada Sahabat

Disalin daripada: Blog Bonda Nelli (http://blogs.iium.edu.my/martinelli/)

Kasih Pada Sahabat

“Abang nak pergi Brunei. Sahabat kita, Zainuddin, sakit tenat” Kata2 suami saya yang menunjukkan wajah cemas selepas mendengar Dr. Zainuddin Jaafar bekas pensyarah undang2 UIA sedang koma di hospital Brunei sejak beberapa hari yang lepas. Beliau kritikal selepas menjalani pembedahan kepala akibat serangan barah.

Sejak mendengar keadaan sahabatnya itu, suami saya giat melakukan solat hajat memohon sahabatnya segera sembuh. Dr Zainuddin dan isteri beliau amat rapat dengan kami sejak di universiti lagi. Sewaktu kami susah beliau adalah antara sahabat yang perihatin menghulurkan bantuan. Kini beliau sekeluarga pula melalui ujian yang sangat hebat. Wajah suami saya begitu sughul mengenangkan keadaan sahabatnya itu. Saya mengkagumi cara dia memberi perhatian pada sahabat2. Demi untuk sahabat biasanya dia akan melakukan apa saja.

Sekembali dari Brunei dia masih sedih, “Zainudin masih belum sedar. Cuma kakinya yang bergerak sikit2 dan mata kadang2 ada tunjuk respon bila abang berbisik ke telinganya. Doktor kata ada kemajuan walaupun sikit. Doakan dia.”

Dalam dunia penuh materialistik ini masih ada orang menghargai nilai persahabatan ditempat yang begitu tinggi.

Prof. Abdullah Hasan pernah memberitahu saya, “Sahabat yang sejati ialah sahabat yang kita kenali semasa kita tidak punya apa2. Contohnya sahabat yang kita kenal semasa sekolah, di mana kita dan dia berkawan bukan kerana apa2 kepentingan. Jagalah sahabat itu dengan baik kerana merekalah yang sanggup susah senang bersama tanpa mengharapkan apa2 imbuhan.”

Tidak hairanlah semakin berjaya kita dalam kehidupan dunia semakin sunyi kita dari sahabat sejati. Semakin tinggi status sosial kta semakin mudah kita terjebak dengan dosa dan kesalahan kerana sahabat yang sanggup memberi nasihat semakin tertinngal di bawah.

Kepada sesiapa yang mengenal Dr. Zainudin sama2 lah kita doakan beliau cepat sembuh dan keluarga beliau bersabar menghadapi keadaan ini. Sama2 kita menjadi sahabat yang perihatin melalui bantuan doa untuk beliau.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan