Sabtu, 14 Ogos 2010

Ramadhan 2 Zaman


Munsyid : The Zikr
http://liriknasyid.com

Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza

Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berjasa diawal zaman
Ramadhan kami malang terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatangan mu
Kami gembira dengan pemergian mu
Malam mereka meriah disimbah Nur Al Quran
Tapi malam kami muram bertemu dengkur

Mereka berlumba mengejar makrifat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga

Isnin, 9 Ogos 2010

BUANG BAYI ?!…. moh madon, kata wali songo!!!


Entri ini dipetik daripada blog Bonda Nelli: http://blogs.iium.edu.my/martinelli/

Menghadiri sidang meja bulat di Kementerian bersama beberapa wakil NGO. Suatu usaha yang baik bagi mendapatkan pandangan rakyat. Hanya segelintir NGO Islam yg hadir. Saya hadir tanpa diundang semata2 ingin mengetahui keadaan sebenar. Topik perbincangan ..isu buang bayi, isu yg mengerikan. Statistik yg dibentangkan oleh PDRM menambahkan lagi kengeriaan itu. Apakah negara kita sedang menerima bala? …. astaghfirullahil ‘azim.

Ada yang mencadangkan usah dihukum mereka yg datang membuat laporan, sebab akan menambah kes. Perlu diajar pendidikan seks supaya mereka tahu. Sediakan tempat meletakkan bayi yg selamat. pengharaman pornografi perlu dilakukan dengan lebih keras. Ada yang menyokong ada yang menolak berdasarkan fakta2 tertentu.

Institusi kekeluargaan perlu diperkemas supaya anak2 rapat dengan ibu tetapi apa, siapa , bagaimana ia boleh dilakukan?

Pelbagai hujah dikemukakan menambah sesak fikiran. Yang mana satu yg perlu didahulukan. Keadaan kini seolah2 orang memakai selimut pendek, ditarik ke atas, terbuka kaki, ditarik ke bawah terbuka badan…..DAN dipenghujungnya, seperti biasa……. jom buat pelancaran kempen besar-besaran di IPT!!!!!!!

Saya tidak lagi mampu tersenyum. Semua kita tahu akarnya, dasarnya dan asasnya adalah nilai agama. Analisanya adalah ilmu. Perancangannya adalah muafakat. Pelaksanaannya adalah komitmen dan tanggunjawabnya adalah pada kita semua.

Apabila rasa bertuhan gersang dari hati, si gadis mengikut saja ajakan si teruna yang punya nafsu tetapi akal tidak terbimbing dengan sempurna.

Jiwa bertuhan kering di hati ibubapa, hubungan dengan Allah terhijab dan doa tidak kesampaian.

Jiwa bertuhan hilang dari masyarakat, kita meninggalkan hukum agama yang sudah sedia jelas dan mencari hukum lain untuk mencari penyelesaian.

Teringat saya cerita sdr. Ahmad Azam dalam tazkirahnya tentang kisah Sunan Ampel salah seorang Wali Songo yang menasihatkan raja Majapahit, Prabu Sri Kertawijaya yang beragama Hindu. Sang raja gelisah dengan masalah rakyatnya yang kucar-kacir dan mengeluh kepada permaisurinya, Ratu Darawati. Sang Ratu mencadangkan agar raja meminta nasihat Sunan Ampel bagaimana harus menyelesaikannya. Sunan Ampel atau Raden Rahmat yang merupakan seorang ulama dan pendakwah Islam lalu menyarankan falsafahnya yang terkenal, ”moh limo” atau jauhi 5 perkara yang tercela.

1. moh main (tidak mau judi),

2. moh ngombe (tidak mau mabuk),

3. moh maling (tidak mau mencuri),

4. moh madat (tidak mau mengisap candu), dan

5. moh madon (tidak mau berzina).

Sang raja mengikut saja nasihat Sunan dan akhirnya ternyata nasihat tersebut berjaya mengamankan negara. Aktiviti meyabung ayam diharamkan dan sesiapa yang melakukannya akan dibawa menghadap raja lalu dihukum. Rakyat dilarang membuat tuak. Pencuri dihukum seadil-adilnya. Daun ganja, madat dan candu dimusnahkan. Sesiapa yang melakukan madon (zina) diberikan hukuman berat.

Raja akur dengan pendapat orang yang berilmu, rakyat akur dengan perintah raja, tentera menjalankan tugas di setiap penjuru negara. Akhirnya rakyat hidup bahagia. Para petani gembira dengan hasil titik peluh mereka, peniaga bertambah untung, kaum wanita terjaga dan kanak-kanak selamat membesar dalam pangkuan keluarga.

Walaupun raja menolak untuk masuk Islam, namun baginda tidak menghalang rakyatnya mengikuti ajaran Sunan Ampel kerana kagumnya baginda dengan pendekatan sang wali yang penuh hikmah itu. Tiada paksaan tiada kekerasan. Rakyat masih terus bermain gamelan dan kesenian lain yang sudah sebati dengan kehidupan mereka. Jiwa bertuhankan Allah yang satu tidak ada anak, tiada ibubapa dan keindahan wajahNya tidak boleh diukir dengan patung akhirnya menusuk ke dalam hati masyarakat dengan lembut.

Apakah Malaysia perlukan Sunan Ampel untuk menyelesaikan masalah keruntuhan moral hari ini? Tidak, pemimpin kita adalah Islam bukan Hindu, Ulama’ kita ada beribu, rakyat 60% beragama Islam dan tahu dosa dan pahala.

Yang perlu ialah

Tanamkan jiwa bertuhan di setiap hati insan yang masih bernyawa. Letakkan Tuhan di hati agar kita sentiasa sedar akan kehadiranNya.

Buatlah apa saja yang mampu kita lakukan tanpa bertangguh, tanpa alasan.

Usah diulang cerita bangau oh bangau kerana mereka menanti huluran tangan kita yang gigih bukan mulut kita yang banyak dalih.

Sampaikan nasihat kepada sesiapa saja kerana “Agama Itu Adalah Nasihat,” kata Rasulullah salallahu ‘alaihi wassalam.

*foto kredit Saudara Mohsen Amdan

Ahad, 1 Ogos 2010

Program Persediaan Ke Dunia Kerjaya & Pembinaan Ketrampilan Mahasiswa


Entri ini disalin daripada blog sahabat baik saya iaitu Mohsen Amdan: http://mohsenamdan.blogspot.com

(Entri ini merupakan sebahagian daripada keseluruhan catatan blog Saudara Mohsen Amdan di bawah tajuk entri yang sama)

Salam
Agak lama saya tidak kemaskini blog ini atas kesibukan pelbagai urusan termasuk tahap kesihatan yang kurang baik. Kali ini saya cuba menulis mengenai 2 program yang sama tetapi berlangsung di lokasi berbeza - Morib dan Melaka. Program ini merupakan anjuran Felcra Training & Consultancy Sdn Bhd dengan dana diperoleh dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah. Mensasarkan graduan baru dan mahasiswa tahun akhir, program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai cabaran dan laluan graduan, sektor perkhidmatan awam dan swasta, kaedah permohonan kerja, temuduga serta dana - dana kerajaan yang berpotensi untuk dipohon oleh mereka.

...

16 - 18 Julai 2010
Puteri Resort Ayer Keroh Melaka


Sebahagian dari peserta lelaki ketika sesi Ice - Breaking

Selang sehari, program ini dilangsungkan di sebuah resort yang memiliki kolam renang terbesar di Melaka - Puteri Resort. Kali ini, peserta datangnya dari 2 institusi pengajian di Melaka - Politeknik Merlimau dan Kolej Universiti Islam Melaka. Jumlah peserta kali ini mencecah 117 orang. Saya pula kali ini dibantu oleh Pesot dan isteri, Fairus dan rakan mereka Hadi yang juga merupakan pembantu kepada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa. Wakil dari FELCRA pula kali ini ialah En. Mustakim.


Sesi senaman pagi di depan kolam renang

Kali ini, cabaran saya ialah jumlah peserta yang besar tetapi ruang yang kecil dan agak sempit. Untuk kali pertamanya dalam tempoh beberapa tahun, saya tidak melakukan banyak aktiviti dalam sesi program - ruang yang sempit dan peserta yang ramai. Namun, saya bersyukur kerana peserta - peserta sangat fokus dan komited terhadap program ini.


Fadzli Kadir menyampaikan ceramahnya


Rakan penceramah lain juga dijemput bagi memantapkan pengisian kali ini. Untuk ceramah sektor awam, rakan baik saya Rizal Rosli hadir memberikan input. Sektor swasta pula disampaikan oleh rakan yang banyak membantu menaikkan nama kumpulan muzik saya dahulu iaitu Fazli Ibrahim yang kini berkhidmat di Petronas. Saya turut mengundang rakan pemikir saya iaitu Fadzli Kadir untuk berkongsi pandangan mengenai cabaran dan senario semasa dunia kerjaya.


Tok Ijal ketika mengendalikan sesinya


Terimakasih pada Puan Suriani dan Puan Siti Marsitah kerana membantu mendapatkan peserta bagi program ini.

Daripada saya: Sen, terima kasih di atas peluang yang diberikan!


Ahad, 25 Julai 2010

ZINA YANG BERLELUASA

Entri ini disalin daripada blog Bonda Nelli: http://blogs.iium.edu.my/martinelli

Masih sukar menghilangkan bayangan anak2 Palestine yang setiap saat berdepan dengan kekejaman. Anak kecil di Malaysia pula berdepan dengan kekejaman ibu yang membuang anak sendiri ke dalam tong sampah selepas berzina.

Ketenangan petang ini tergugat dengan bahan2 berita yang meruntun perasaan. Data dan statistik yang mengerikan. Apa perasaan anda membaca fakta berikut:

Dalam satu kajian yang dilakukan kepada remaja Melayu bandar dan luar bandar tahun 2009, didapati 300 dari 400 belia berumur antara 13-25 tahun mengatakan pernah melakukan hubungan seks. Ada yang melakukannya seawal sekolah rendah. Amat mengejutkan bahawa 85% dari mereka yang melakukannya bukan saja tidak merasa kesal, malu atau takut berdosa tetapi mengatakan ianya sebagai pengalaman yang sangat menyeronokkan.

Faktor utama yang menyebabkan keadaan ini bukanlah faktor keluarga bermasalah tetapi adalah disebabkan tarikan kawan2.

Anda tentu merasa ngeri sebagaimana yang saya rasakan kerana kita punya anak, adik, cucu dan mereka akan punya kawan2 yang menjadi penentu utama kepada jenis peribadi mereka, samada sebagai manusia baik akhlaknya atau sebagai penzina.

Kita menjaga rumahtangga, kita menghantar mereka ke sekolah agama…..seolahnya2 segalanya sudah kita lakukan. Tetapi mereka ditarik oleh rakan mereka yang diluar kemampuan kita mengawalnya.

Tidak pernah kita terbayang bahawa hari ini kita berada di negara kita, di mana 3 dari setiap remaja pernah berzina, dan tidak merasa berdosa dengan perbuatan mereka. Ini bermakna

i. Anak kita hanya mempunyai 25% saja kawan2 yang masih suci.

ii. Anak kita mempunyai peluang hanya 25% untuk mendapat pasangan hidup bukan penzina.

iii. Majoriti anak yang bakal dilahirkan beberapa tahun dari sekarang adalah anak2 yang mempunyai ibubapa yang pernah berzina.

iv. Anak penzina akan melahirkan zuriat penzina yang lebih tegar.

v. Amalan zina akan diterima oleh masyarakat dan orang kan merasa pelik dengan orang yang tidak pernah berzina.

vi. Pengaruh ibubapa dalam membentuk peribadi anak hanya sekelumit kecil.

vii. Ibubapa akan menjadi hamba kepada anak2 dan anak adalah tuan mereka.

Masa itu adakah ruang lagi untuk kita meneruskan kehidupan beragama di bumi tercinta ini????

Selasa, 13 Julai 2010

Low population growth a big worry

Dipetik daripada The Star Online:

Tuesday July 13, 2010
By CHRISTINA TAN chris@thestar.com.my

KUALA LUMPUR: Malaysia is worried about its declining population growth rate and whether there will be enough young adults after it becomes a developed country.

Statistics show that the population growth rate has dropped to 2.2% in 2008 from 2.6% in 2000. The declining trend has been in evidence since the country’s first census in 1970.
“If we do not take appropriate steps, we will have an aging population in the next 20 to 30 years,” said National Population and Family Development Board director-general Datuk Aminah Abdul Rahman.

She was speaking to reporters at a seminar on Population, Environment and Climate Change, which was opened by Women, Family and Community Development Deputy Minister Heng Seai Kie here yesterday.

Several factors had caused the fertility rate to decline, she said, adding that more people were getting married at an older age and preferring to have fewer children.
“Malaysian families are also worried about the future, cost of living and their inability to balance their work and family responsibility.”

Aminah said that an aging population also meant that the young were increasingly made to support the elderly.
She said the board had conducted studies and would present papers to the Cabinet on the population growth’s effect to the country.
Meanwhile, Heng said local authorities should improve the management of danger-prone premises.
She was commenting on the death of three boys who were crushed when the roof of an abandoned building collapsed at a low-cost housing scheme in Changkat Tin in Tanjung Tualang, Perak, on Saturday.
“If a building structure is not safe and will collapse any time, it must be demolished at once. Tragedies will continue to happen if action is not taken fast,” she told reporters.

Isnin, 12 Julai 2010

Terjemahan Yasin bahasa Iban di rumah panjang


Entri ini disalin daripada blog Syeikh Faris Hasbullah (Taman Permata) : http://abumarwanhamdi.blogspot.com/


Baru-baru ini saya berpeluang mengikuti program dakwah pelajar UIA di Sarawak, di rumah panjang Iban. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, jemputan yang diterima ini memang kena pada masanya. Saya fikir, inilah peluang untuk saya membuat 'ujikaji' terhadap projek terjemahan Iban saya disamping membina jaringan dengan pendakwah Sarawak, khususnya yang berbangsa Iban. Mungkin saya boleh melihat apa lagi keperluan pendakwah di Sarawak ini yang dapat saya bantu melalui PTS Darul Furqan Sdn Bhd yang baru berusia sebulan ini.


Program yang dikendalikan oleh Tim Khidmat Masyarakat UIAM atau CENSERVE TEAM, di bawah unit MISI ini diketuai oleh 'Head, Center for University Social Responsibility, IIUM' iaitu Puan Martinelli Hashim yang telah lebih 20 tahun menabur budi membangunkan kerja-kerja kemasyarakatan UIA di serata pelusuk tanah air. Turut serta dalam misi ini adalah 'Yang Mulia' Ustaz Zainudin Ibrahim, imam masjid UIAM.


Pelajar UIA ini mendapat kerjasama dan dibantu oleh tim pendakwah USK (Urusetia Saudara Kita) Baitumal, Sarawak. Grup NGO Baitulmal yang amat komited dan berdedikasi menjalankan kerja-kerja dakwah Islamiah di Sarawak. Jumlah mereka kecil, tetapi amat berbisa!


Program dakwah pendalaman ini bertempat di beberapa buah kampung di sekitar daerah Suminjan dan mengambil masa selama lebih kurang 10 hari. Sekitar 20 orang lebih pelajar dari pelbagai bidang yang terlibat.


Perjalanan kami bermula daripada Pusat Penerangan Islam Kuching ke Suminjan selama lebih tiga jam menaiki pacuan empat roda (termasuk satu jam lebih melalui 'offroad').
Di kawasan pendalaman, kami melalui jalan berbukit, berlubang dan jambantan yang rosak serta menunggu masa untuk roboh. Di bawahnya aliran sungai yang kecil, dalam dan agak deras. Saya tidak lihat kelibat 'Pak Ya' di situ, tetapi bak kata orang.. air yang tenang jangan disangka selamat!


Aktiviti pertama sebaik sahaja tiba di rumah panjang Kampung Gayau, adalah solat Jumaat. Ini adalah pengalaman solat Jumaat yang paling menarik. Kerana kami bersolat bersama dengan jemaah saudara baru Iban yang amat-amat jarang berpeluang untuk bersolat jumaat.
Bukan kerana tidak ada kemudahan, malah surau yang dibina oleh PERKIM cukup selesa untuk menampung jemaah untuk solat jumaat secara sederhana. Namun sebenarnya, jumlah penganut Islam amat kecil, iaitu sekitar 10 keluarga dengan tidak sampai 10 orang lelaki dewasa. Solat Jumaat kami mungkin tidak sah sekiranya mengikut aliran Shafie, tetapi kata Ustaz Zainuddin dan Ustaz Sobri (exKAGAT yang menjadi pendakwah USK sepenuh masa): "Kita bertalfiq bagi tujuan mengajar dan memberi peluang bersolat Jumaat dengan saudara baru di kampung ini".

Di kampung itu dan kampung-kampung lain yang diziarahi, rombongan kami turut menunaikan solat secara genap (tamam) bukan jama' atau qasar. Tujuannya, mengajak saudara baru untuk turut solat dan supaya mereka tidak keliru atau salah faham.


Sepanjang satu hari lebih berada di Kg Gayau, saya tidak terlibat secara sepenuhnya dengan aktiviti pelajar UIA, kecuali solat, makan dan mandi sungai...! Masa saya banyak dihabiskan dengang berbicara, berbincang, berdialog (atau bahasa mudahnya, bersembang) dengan penduduk kampung.


Saya turut menunjukkan contoh terjemahan Yasin Iban yang sedang diusahakan. Saya minta mereka baca dan komen. Alhamdulillah kata mereka, ia mudah dibaca dan difahami.Menurut Puan Rashidah Abdullah, pendakwah USK berbangsa Iban yang sudah lebih 10 tahun memeluk Islam, terjemahan Yasin PTS itu menggunakan bahasa Iban moden. Mudah difahami dan senang dibaca.


Mereka meminta sekiranya ada bahan-bahan bacaan agama yang lain yang sesuai dan mudah agar turut diterjemahkan dalam bahasa Iban.


Insya'Allah, projek seterus saya selepas menyiapkan terjemahan lengkap al-Quran dalam bahasa Iban adalah menerbitkan buku-buku agama yang mudah-mudah dalam bahasa Iban. Bukan sahaja untuk bacaan saudara baru, tetapi ia boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang terlibat dengan kerja-kerja outreach dengan bangsa Iban.


Banyak pengalaman dan ilmu yang saya perolehi di Kg Gayau. Banyak yang saya belajar daripada Kak Nelli, ustaz Zainuddin (yang amat gemar memanggil orang dengan gelaran 'Yang Mulia'), Pendakwah USK (Ustazah Nurul Abdullah - x-rahib Bidayuh, Ustaz Sobri, Ustazah Rashidah) pelajar-pelajar UIA dan juga orang kampung. Semoga Allah memberi sebesar-besar ganjaran kepada kalian semua.


Tiga hari yang singkat tetapi terlalu banyak pengalaman yang kalau boleh hendak dikongsikan. Pengalaman pertama saya bermalam di rumah panjang, menguji projek saya secara terus kepada kumpulan sasar, aktiviti mandi sungai yang muaranya ada buaya dan sebagainya.


Itu tidak termasuk pengalaman pulang yang amat mencemaskan; pacuan empat roda kami menyeberangi sungai rosak yang ditenggelami air sungai hampir satu meter. Selepas sejam menunggu ditebing, air tidak surut, maka pemandu mengambil keputusan menyeberanginya..!!!.Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur saya kepada Allah, atas rahmatnya, doa kawan-kawan dan keluarga (saya sempat sms kepada beberapa orang agar mendoakan keselamatan kami ketika itu). Kami selamat dan saya mampu menulis blog ini pada hari ini walaupun ketika sedang kami masih berusaha menyeberangi jambatan, kereta dihadapan hampir tergelincir dalam sungai!


Setelah sekian lama meninggalkan UIA, inilah kali pertama saya menyertai program dakwah jauh di seberang laut dan pendalaman. Tempoh yang singkat ini amat bermanfaat untuk diri saya dan projek di PTS.


Pengalaman yang mengujakan dan menginsafkan, malah ia sudah cukup untuk menyentak saya dari 'lena yang panjang' .. sejak bergelar graduan UIAM...

Pengalaman, ilmu dan jaringan yang dibina ini menjadi pemangkin kepada saya untuk terus mengembangkan projek dakwah PTS Darul Furqan ini ke dalam bahasa-bahasa etnik lain di Malaysia dan mungkin juga di Kampuchea, Filipina dan sebagainya, insya'Allah.
Terima kasih kepada semua Tim Censerve (anda memang hebat!), kak Nelli (..bila embun menitis, kita tidak mengharapkan gerimis!), big boss PTS - En Arief Hakim, MD PTS Group (yang memberi izin dan menaja perjalanan saya), puan Ainon yang mengilhamkan dan mencetuskan projek ini.

Semoga Allah merahmati dan memudahkan usaha kecil tim PTS Darul Furqan ini. Wallahu'alam.
P/s: Teman-teman boleh melihat banyak lagi gambar photo di facebook saya.

Rabu, 7 Julai 2010

Terjemahan Quran dalam Bahasa Iban & Kadazan

Entri ini disalin daripada blog Syeikh Faris: http://abumarwanhamdi.blogspot.com/

Terjemahan Quran dalam Bahasa Iban & Kadazan

Pada masa ini saya sedang menguruskan projek terjemahan Quran dalam bahasa Iban dan Kadazan. Projek ini dikendalikan di bawah anak syarikat Kumpulan PTS yang baru ditubuhkan iaitu PTS Darul Furqan Sdn Bhd.
Sasaran projek ini adalah menerbitkan dan mengedarkan secara percuma naskhah al-Quran dalam kedua-dua bahasa ini kepada saudara Muslim Iban dan Kadazan. Ini bertujuan membantu mereka memahami dan menghayati kandungan Quran dengan lebih mudah dan pantas dalam bahasa pertuturan harian mereka. Projek ini dijangka akan siap secara beringkat dan akan diedarkan dalam tahun 2011, insya'Allah.
Justeru, sekiranya ada mana-mana saudara Muslim yang boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Iban dan Kadazan dengan baik dan berminat untuk menyertai projek ini bolehlah mengemel kepada saya di faris@pts.com.my.
Wallahu'alam.p/s: Mohon kepada sesiapa yang membaca entri ini untuk menyebarkannya kepada rakan-rakan yang lain.