Rabu, 24 Jun 2009

Transformers: Revenge of The Fallen


Entri ini ditulis berdasarkan terjemahan bebas daripada beberapa sumber iaitu: USA Today.com, Wikipedia, Ask Military.com
Imej daripada: blog Toy Workers

Filem "Transformers: Revenge of the Fallen", pada hakikatnya bukanlah sekadar filem tentang peperangan dan pertarungan robot-robot inter-galaktik, tetapi lebih daripada itu, ia sebenarnya ialah satu "showcase" dan pentas bagi mempamerkan kekuatan dan kehebatan aksesori aset militer Amerika Syarikat!

Memetik kata-kata seorang pegawai perhubungan US Army, beliau menyatakan bahawa selama sejarah kerjasama di antara Pentagon dan Hollywood yang terbentuk sekian lamanya, seingatnya inilah kerjasama terbesar, yang belum pernah berlaku; dalam konteks penglibatan secara langsung semua bentuk aset ketenteraan dan juga anggota personel dalam pembikinan sebuah filem.

Pentagon tanpa ragu-ragu memberikan pelepasan keselamatan kepada sutradara filem ini, Micheal Bay, agar beliau dapat memanipulasikan semua aset dan anggota bagi menjayakan filem ini. Perlu dicatatkan di sini bahawa, dalam filem ini kebanyakan watak tentera yang ditayangkan ialah anggota tentera sebenar yang baru pulang dari Iraq dan Afghanistan.

Aset militer US yang menayangkan kehebatan aksi pertempuran dalam filem ini ialah:

1) 2 buah pesawat pemusnah kereta kebal A-10 Thunderbolt II 'Warthog',
2) 6 buah pesawat tempur F-16 Fighting Falcons,
3) 10 buah Humvees tempur berperisai,
4) US Army's Golden Knights (pasukan payung terjun elit),
5) 2 buah kereta kebal M1-Abrams,
6) 2 buah kereta kebal Bradley,
7) 2 buah kenderaan pelancar peluru berpandu,
8) 2 buah kereta berperisai.
9) LCAC (Landing Craft, Air Cushion) US Military Hovercraft
10) Pesawat pengangkut C-17
11) Kapal Selam USS Topeka
12) Kapal perang pengangkut (Carrier) USS John C. Stennis
13) Helikopter penyerang Cobra (Cobra Assault Helicopter)
14) Helikopter MH-53M Pave Low
15) Pesawat pengebom B-1B Lancer


Dalam filem ini juga kita dapat melihat bagaimana pesawat pengintip tanpa pemandu iaitu UAV (Unmanned Aerial Vehicle) Predator, diaplikasikan dalam situasi kombat bagi mendapatkan maklumat terperinci tentang pertempuran yang sedang berlaku secara kawalan jauh bagi pengkalan taktikal merancang strategi kombat. Turut dipertontonkan juga walaupun secara sekilas lalu, bagaimana tentera negara asing yang mana Amerika Syarikat punyai kepentingan, boleh "dikerah" untuk membantu tentera US yang dalam kesulitan memerangi robot-robot Decepticon. Pun begitu, pasukan tentera negara asing yang datang membantu itu tewas awal-awal lagi, belum pun sebutir peluru mereka lepaskan.



1 ulasan:

  1. Sebab tu Doraemon jadi ikon asia 4 kali berturut - turut kerana propaganda yg jepun boleh cipta macam - macam walaupun masa tu teknologinya belum ada lagi.
    Kat Malaysia cerita lagi hebat...Melayu nya bisnes juta - juta...

    BalasPadam