Khamis, 11 Jun 2009

Terbaru Sastera Jantan PTS






































Disalin daripada: http://universitipts.com

Puan,saya sudah membaca kedua-dua novel berkenaan.Sejak habis sekolah tahun 1995 dahulu,inilah pertama kali saya membaca novel.Berkenan betul dengan tagline pada blurp naskah-naskah tersebut.Iklannya keluar dalam akhbar Metro,2 minggu lepas.Terus saja saya memesan melalui BookCafe dan tiba di pejabat saya 2 hari kemudian.

Saya ambil masa 3 hari sahaja menghabiskan kedua-dua "episod" novel itu. Novel tersebut betul-betul mantap!Berjaya menghadirkan rasa suspen dan terasa memang thriller...Jalan cerita yang mengaitkan suasana politik serantau betul-betul kena pada masanya.Jika bukan namanya novel,pasti ramai yang pecaya ianya bagai betul-betul terjadi.Bagi penggemar filem-filem espionaj dan kospirasi,pastinya ketika membaca novel ini,terbayang-bayang adegan sebenar seperti dalam filem.Saya pasti pengarang novel,telah melakukan "homework"nya yang sebaiknya.Ini kerana istilah-istilah yang digunakan memang ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat militari dan persenjataan moden. Syabas Tuan Khairul Nizam!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan