Bandar Perubatan UIAM siap 2025
NILAI - Bandar Perubatan Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang bakal menjadi pusat pengajian perubatan yang terunggul di rantau Asia dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, berdasarkan kepada kemampuan kerajaan sekarang, negara yakin mampu menjadi pusat perubatan utama dan terbaik.
"Menerusi pelaburan dan dasar yang betul, kerajaan sedia ada yakin Malaysia akan menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang perubatan," katanya pada majlis pecah tanah Bandar Perubatan UIAM di Bandar Enstek di sini semalam.
Turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan.
Bandar Perubatan UIAM ini bakal menempatkan industri kesihatan dan perubatan di atas tanah seluas 528 ekar dengan kos pembinaan melibatkan sebanyak RM4.7 bilion.
Antara kemudahan pusat perubatan yang turut dikenali sebagai medicalcity@enstek ini termasuklah menempatkan 600 katil hospital untuk pelajar perubatan, tempat membuat kajian, perniagaan dan pusat konvensyen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan