Khamis, 2 April 2009

Israel serang kem Al Maghazi lagi


Israel serang kem Al Maghazi lagi

April 1, 2009

Gaza, Selasa 31 Mac - Sumber medik Palestin melaporkan dua orang pejuang Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas daerah timur kem pelarian Al Maghazi, di tengah Gaza. Sekurang-kurangnya dua orang lagi pejuang Palestin tercedera.

Agensi berita Ma’an melaporkan dua mereka yang tercedera adalah Mahmoud Nimer Zahra dan Yousef Al-Abed Qoqa. Mereka telah dikejarkan ke Hospital Al Aqsa. Salah seorang dari yang terkorban adalah Ali Abu Foul yang selamat dikebumikan petang Selasa.

Saksi-saksi ditempat kejadian menyebut letupan kuat dan pertempuran senjata dapat didengar di daerah berkenaan. Mereka juga dapat menyaksikan serangan mortar di kawasan pintu masuk tentera Kissufim.

Sementara itu, tentera pengganas Israel mengakui mereka telah melancarkan serangan tersebut. Mereka mendakwa serangan telah menyasarkan satu kumpulan pejuang yang sedang memasang bom di pagar Gaza. Akhbar Hareetz Israel melaporkan serangan di sempadan Israel-Gaza ini merupakan yang paling sengit sejak berakhirnya serangan 23 hari ke atas Gaza. Seorang askar Israel tercedera dalam kejadian tersebut dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Soroka di Be’er Sheva.

Ketua Unit Kecemasan di Kementerian Kesihatan Palestin, Dr Muwiya Hassanen, menyatakan pasukan perubatan telah dikejarkan ke bandar Al Masdar, di timur daerah Al Maghazi, apabila menerima laporan kecederaan akibat serangan tentera udara dan pasukan kereta kebal Israel. Tentera pengganas Israel dilaporkan menggunakan pesawat Apache untuk menyerang beberapa rumah dan kawasan ladang di Al Masdar. [HP/IMEMC/Haretz/Maan]


Disalin daripada : http://haluanpalestin.haluan.org.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan