Jumaat, 31 Julai 2009

Kisah Bagaimana PTS Memperoleh Pembiayaan Membeli Bangunannya

Disalin daripada: http://www.universitipts.com

Di kalangan orang-orang yang tidak tahu selok-belok dan tendang terajang dunia bisnes, mereka percaya orang bisnes mesti menunjukkan bukti-bukti bahawa bisnes mereka berjaya dengan membeli kereta mewah dan tinggal dalam rumah besar, jikalau tidak, susah mereka hendak menjalankan bisnes mereka sebab kononnya nanti orang tidak percaya mereka banyak duit. Begitulah salahnya sangkaan orang-orang yang duduk di luar dunia bisnes!

Dalam dunia bisnes yang sebenar, bukti terbaik kejayaan bisnes seseorang bukannya kereta mewah dan rumah besar, tetapi keyakinan bank. Bank tidak peduli kereta apa yang kita pandu, dan bank tidak peduli mahu melihat gambar-gambar rumah besar kita.

Bukti terbaik kejayaan bisnes seseorang itu adalah keyakinan bank-bank Cina dan bank Yahudi kepada syarikat mereka, kerana bank-bank Cina dan Yahudi hanya memberikan pinjaman dan kemudahan kepada syarikat yang memenuhi kriteria yang sangat ketat.

Di Malaysia, bank Cina yang paling baik reputasi dan prestasinya adalah Public Bank. Adalah sangat sukar mendapatkan dukungan Public Bank disebabkan kriteria pinjaman bank itu terkenal amat ketat. Itulah sebabnya sangat sedikit syarikat Melayu yang mempunyai akaun di Public Bank.

Bank-bank Malaysia yang mempunyai link dengan kerajaan tidak menggunakan kriteria ketat semasa meluluskan pinjaman. Syarikat Melayu yang sap-sap-soi pun boleh diberi panjaman besar, malah berjuta-juta.

PTS pernah menghantar permohonan bagi mendapatkan kemudahan dari sebuah bank tempatan yang besar dan ternama. Salah satu dokumen yang diminta oleh pegawai bank itu adalah surat tawaran kontrak kerajaan kepada PTS. Disebabkan PTS tidak masuk kontrak kerajaan, maka permohonan PTS ditolak mentah-mentah, padahal PTS membekalkan laporan akaun bank PTS selama 6 bulan yang menunjukkan bisnes PTS sangat aktif dan sihat.

PTS kemudian cuba memohon pinjaman daripada bank Cina bagi membeli bangunannya. Pengurus Cawangan bank itu diam-diam datang sendiri lalu berdiri di depan pintu setor PTS selama 10 minit, matanya tajam memerhatikan aktiviti yang sedang berlaku di dalam setor PTS. (Petugas-petugas setor PTS menyangka lelaki Cina itu adalah pegawai dari syarikat percetakan, lalu mereka pun tidak ambil pusing dan terus sibuk menjalankan kerja-kerja packing, setakat bertanya-tanya dalam hati apa yang dibuat oleh lelaki itu berdiri lama di situ!)

Hanya selepas beliau berpuas hati melihat dengan mata kepalanya sendiri inventori, jumlah pekerja setor PTS dan kesibukan mereka, barulah beliau membuat temu janji dengan CEO PTS bagi merundingkan permohonan pinjaman itu.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
ainon@pts.com.my
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006


Murah tapi ada kualiti

Disalin daripada: http://www.kosmo.com.my

DI BookXcess, lambakan buku murah bukan saja menguntungkan penulis dan karyawan, malah kepada ulat buku.




TINGKAT dua, Blok A Dataran Harmodal, Petaling Jaya (PJ) pada hari itu terasa hangat seperti suasana di pasar borong. Dari jauh, kelibat pengunjung yang datang begitu jelas kedengaran.

Berpusu-pusu masuk ke ruang jualan, majoritinya hadir bersama kotak atau beg-beg plastik bersaiz besar.

Biarpun tiada aktiviti tawar-menawar, pelanggan begitu pantas membuat pilihan. Tanpa berfikir panjang, satu-persatu dicapai dan dicampak terus ke dalam kotak. Kotak yang penuh, bersilih ganti dengan yang baru. Belum sampai sejam, kotak-kotak tersebut sudah pun sarat menggunung.

Berkotak-kotak buku itu diangkat menuju ke kaunter kiraan. Ironinya, barang yang dibeli bukanlah bekalan makanan untuk stok sebulan. Apa yang ada, cuma buku pelbagai saiz dan genre, cukup untuk memuaskan nafsu membaca komuniti pembaca ini.

Buku kanak-kanak

Tanpa disedari, tindakan itu menarik perhatian. Dengan perasaan ingin tahu bercampur keliru, Alice Chong, 23, berfikir 'Banyaknya beli! Buka kedai buku ke?'. Sepanjang hidup Alice, dia belum pernah membeli buku sebanyak itu sekali gus.

"Sejak hari pertama lagi, saya nampak ramai yang beli sehingga mencecah ratusan ringgit. Ada yang datang dua tiga kali. Rupa-rupanya, mereka langsung tidak kisah pasal wang. Janji dapat stok buku yang banyak pada harga yang sangat murah," cerita Alice, saat mengenang pengalaman bekerja sambilan pada jualan buku Big Bad Wolf (BBW), dua bulan lalu.


BOOKXCESS menawarkan pelbagai seleksi buku pada harga murah.


Meskipun hanya berlangsung selama lima hari, jualan buku itu meninggalkan impak besar terhadap komuniti pembaca tempatan. Bayangkan, dengan wang RM1 pembaca boleh membawa pulang sebuah buku kanak-kanak. Malah, sebuah novel pemenang anugerah sastera boleh diperoleh pada harga RM8 sahaja. Sedangkan, pada hari-hari biasa, buku-buku itu mencecah harga lebih RM30 setiap satu.

Dalam diam, Alice mengaku dia terpengaruh. Tidak ingin ketinggalan, pada hari terakhir jualan, anak kelahiran Johor Bharu, Johor itu terus 'menyambar' kira-kira 20 buah buku untuk dirinya dan ahli keluarga yang lain.

"Harga menjadi faktor utama bagi pelajar seperti kami. Jadi, kalau nampak sahaja harga buku yang mahal, niat membaca terus terkubur.

"Bukan apa. Belum tahu cari wang, sudah membazir. Walaupun tahu beli buku itu berbaloi, tetapi jika harganya mahal, ia jadi tidak praktikal. Sebaliknya, satu bebanan," jelasnya kepada Kosmo! bersungguh-sungguh.

Budaya membaca

Sebab itulah apabila harga buku murah, tiada yang teragak-agak untuk membuat pembelian. Malah, setakat ini, Alice telah membaca buku ketiga daripada sejumlah buku yang dibelinya tempoh hari.


JACQUELINE berpendapat harga buku yang murah akan menguntungkan kedua-dua pihak pembaca dan penulis.


Seperti Alice, Benzemine Hoh, 23, berpendapat, budaya membaca hanya boleh ditingkatkan sekiranya harga buku tidak membebankan.


HAFIZ HAMZAH


"Apabila membeli buku yang mahal dan tebal, pembaca mungkin ragu-ragu sama ada dapat menghabiskannya atau tidak. Dalam kes saya, kalau bukan sebab harga buku yang murah, agaknya saya tidak akan mencuba bahan bacaan berbahasa Inggeris," katanya yang hanya membelanjakan lebih RM60 untuk 14 buah buku.

Biarpun faham bahawa faktor harga buku yang mahal sebagai pembunuh niat membaca, seorang pembaca tegar, Hafiz Hamzah, 27, sedar berhubung nilai estetika sesebuah buku.

Jelasnya, penurunan harga buku juga dapat menggandakan kuasa pembelian bilangan buku oleh pembaca. Tindakan ini, kata Hafiz, 'jauh lebih baik daripada segala macam retorik yang berselindung di sebalik kempen membaca.'

"Ini (harga buku mahal) tidak dapat dielakkan. Tetapi, kalau kita ingin meningkatkan budaya membaca, fikirkan satu mekanisme bagi membolehkan industri menawarkan harga buku lebih rendah. Selain menambah bilangan pembaca, ia juga boleh membanyakkan bahan bacaan berkualiti, termasuklah judul yang jarang mendapat perhatian.

"Jika subsidi saja alternatif yang tinggal, apa salahnya diusulkan kepada kerajaan. Desak jika perlu. Ini soal melahirkan masyarakat yang ada otak, bukan hal main-main," tambahnya.

Buku tersadai

Tanpa bebanan untuk memiliki buku, golongan pembaca dan bakal pembaca diyakini akan memburu lebih banyak buku. Kaedah ini dilihat jauh lebih berkesan daripada membiarkan buku tersadai di rak-rak kedai.

Dalam usaha membudayakan amalan membaca pula, Hafiz berharap kerajaan tidak melahirkan masyarakat yang lemah intelek menerusi 'bahan bacaan kontang idea'. Novel-novel cinta tempatan dan import yang berselerak bukan sajian murah terbaik untuk membentuk minda masyarakat.


KEDAI BookXcess yang terletak di Amcorp Mall, Petaling Jaya.


Sebaliknya, buku-buku yang 'berisi' dan berunsur ilmiah diyakini mampu menggerakkan kesedaran dan pandangan sosial seseorang pembaca. Turut mencari buku dari pelbagai sumber alternatif, Hafiz mengakui salinan fotokopi mungkin satu-satunya jalan demi memenuhi keperluan pembacaan berkos rendah.

"Jika buku-buku itu benar-benar sukar didapati dan mahal, apakah alternatif yang lebih baik, selain menggunakan salinan fotokopi walaupun tidak 'dihalalkan'.

Bagi pengusaha kedai buku lebihan, BookXcess, Jacqueline Ng pula, lambakan buku murah juga menguntungkan golongan penulis. Buku yang diturunkan harganya secara tidak langsung memberi peluang kedua kepada karyawan.

"Bila harga buku murah, pembaca akan terdedah kepada penulis-penulis baru atau tidak dikenali. Jika mereka sukakan karya tersebut, pembaca akan dapatkan judul buku lain daripada penulis yang sama dari kedai buku perdana. Bukankah itu satu berita baik?" tanyanya kepada Kosmo!.

Rabu, 29 Julai 2009

SPESIES BARU LALAT DITEMUI DI USM

Disalin daripada: http://www.usm.my/my/berita-penuh.asp?id=6963&idform=7 (Maklumat daripada Facebook Prof Abdullah Hassan)



Spesies baru “scuttle fly” telah ditemui di kampus Universiti Sains Malaysia (USM) yang menjadi parasit pembunuh anai-anai Macrotermes gilvus. Spesies lalat tersebut dinamakan Misotermes mindeni mengambil sempena kampus Minden USM, tempat ia ditemui.

Menurut Profesor Lee Chow Yang dari Makmal Entomologi Bandar, Unit Penyelidikan Kawalan Vektor Pusat Pengajian Sains Kajihayat USM, ia ditemui secara tidak sengaja oleh calon ijazah falsafah (Ph.D) beliau, Neoh Kok Boon yang sedang membuat penyelidikan di salah satu busut anai-anai di dalam kampus.

Neoh melihat sesuatu yang aneh di kalangan anai-anai yang ditelitinya daripada yang biasa dengan kepalanya yang besar lalu membawanya ke makmal. Neoh mendapati terdapat pergerakan luar biasa di bahagian abdominal anai-anai tersebut. Selepas beberapa hari hasil pemerhatiannya, didapati terdapat lalat yang terbang keluar dari badan anai-anai tersebut.

“Penemuan ini amat penting kerana inilah pertama kali spesies ini ditemui di dunia yang memberi kesan besar kepada dunia sains”,kata Profesor Lee.

Hal ini telah disahkan oleh pakar dalam bidang berkenaan, Dr. R. Henry Disney seorang tokoh berwibawa dalam “phorid flies” di Museum of Zoology, Universiti Cambridge United Kingdom. Penemuan ini telah disiarkan dalam jurnal antarabangsa Sociobiology yang bertajuk “A New Species of Scuttle Fly (Diptera: Phoridae) Parasitizing a Termite (Isoptera: Termitidae) in Malaysia” keluaran Jun 2009.

Profesor Lee Chow Yang bagaimana pun enggan membuat spekulasi tentang kegunaan lalat yang tidak berbahaya kepada manusia ini dalam menangani masalah anai-anai.

“Pada tahap ini, kami belum dapat menentukan sama ada lalat ini dapat memainkan peranan dalam kawalan anai-anai. Kami akan meneruskan penyelidikan untuk meneliti kemungkinan ini,” kata Profesor Lee lagi.

Tambahnya lagi, penemuan ini penting bagi menunjukkan betapa kampus USM kaya dengan kepelbagaian species yang menjadi tempat tinggal pelbagai jenis burung, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.

“Kita tidak perlu menerokai jauh ke negara luar bagi mendapat penemuan-penemuan baru seperti ini kerana di tempat kita pun sememangnya kaya dengan khazanah ilmu untuk diterokai,”kata Profesor Lee lagi.

Menyentuh tentang masalah anai-anai, beliau berkata, ia adalah satu industri besar kerana setiap 2 kerja yang dilakukan dalam pengurusan serangga, satu daripadanya ialah berkait rapat dengan anai-anai. Malah rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM50 juta setahun untuk menguruskan masalah yang berkaitan dengan anai-anai manakala kos membaik pulih bangunan yang dirosakkan oleh anai-anai dianggarkan 3 – 4 kali ganda lebih besar dari jumlah perbelanjaan tersebut. Malah sebanyak lebih USD22 billion dibelanjakan untuk tujuan yang sama di seluruh dunia.

Katanya lagi, walau bagaimana pun penggunaan bahan kimia masih merupakan kaedah terbaik untuk mengatasi masalah ini. Usaha-usaha sedang dibuat untuk mencari kaedah yang lebih lestari dalam mengangani masalah ini.

Sungguhpun masalah anai-anai di negara ini kerap disebabkan oleh anai-anai Coptotermes spp., namun Macrotermes gilvus telah berulang kali didapati mengambil alih lokasi infestasi Coptotermes setelah Coptotermes dimusnahkan oleh kaedah pengumpanan. Species Macrotermes gilvus ini sukar ditangani kerana tidak bertindakbalas terhadap umpan anai-anai.

Menjawab soalan pemberita tentang kemungkinan anugerah yang wajar diberi kepada pelajar dan saintis yang membuat penemuan seperti ini, Profesor Lee berkata, anugerah bukanlah perkara utama bagi seorang saintis tulen.

“Kepuasan sebenar ialah apabila dapat menemui sesuatu yang baru yang menjadikan hati dan sanubari kita teruja dengan sendirinya apatah lagi apabila melihat hasil penemuan itu diterbitkan di dalam sesuatu jurnal antarabangsa yang berwasit. Inilah yang menjadi petanda ikhlas yang dirasai oleh seseorang saintis,” kata Profesor Lee.

Tambahnya, jika ada anugerah diberikan, maka itu dianggap sebagai satu sagu hati yang tidak pernah diharapkan.

Tarikh Dimasukkan : 22-7-2009
Tarikh Mula Aktiviti : 22-7-2009
Tarikh Tamat Aktiviti : 22-7-2009
Lokasi Aktiviti : Bilik Persidangan Canselor
Pengelola : PRO
Fail Berkaitan : Neoh Kok Boon & Prof. Lee Chow Yang.jpg
Untuk maklumat yang lebih lanjut bolehlah menghubungi Mohamad Abdullah (e-mail)

Jumaat, 24 Julai 2009

Generasi apa selepas z?


Disalin daripada: http://blogs.iium.edu.my/martinelli/
Imej: Penghargaan kepada sahabatku Shahrizat Said yang bertugas di UNISEL.

Semalam seorang sahabat yang memberitahu sering membaca blog ini bertanya “Selepas generasi z apa pula?”

Teori2 generasi ini adalah teori demografi Barat. Pengaruh barat yang begitu kuat menyebabkan kita tidak dapat mengelakkan masyarakat dari terjebak dengan gejala2 negatif yang dikaitkan dengan generasi2 berkenaan. Sifat2 negatif generasi baby boomers (lahir 1946-1960) dikaitkan dengan hippies, perang, ganja, heroin, morphine dan hidup tanpa pegangan agama. Mereka menjadi ibubapa kepada generasi x (lahir 1960-1980) yang lebih parah kerana menolak perkahwinan. Maka sifat2 negatif generasi x dikaitkan dengan anak luar nikah, gay. lesbian dll. hasil pengaruh Boy George, penyanyi yang beridentitikan maknyah. Wujudlah juga gereja untuk gay dan lesbian dan pengesahan perkahwinan sesama jenis.

Jauh lebih parah apabila generasi y pula menolak terus nilai2 agama dan pengaruhnya sangat kuat kerana dunia sudah tidak punya sempadan.

Malaysia lebih bernasib baik kerana semasa generasi x masih remaja di awal tahun70an timbullah apa yang dipanggil ‘the rising tide of Islam’. Kumpulan belia dan pelajar di pusat pengajian tinggi yang mempunyai kesedaran untuk memartabatkan kembali gaya hidup Islam membawa satu gerakan yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam masyarakat. Kumpulan inilah yang meletakkan kembali tudung di kepala wanita Melayu dan kopiah di kepala orang lelaki. Pada masa itu wanita hanya meletakkan selendang di bahu termasuk para ustazah yang mengajar di sekolah.

Namun di penghujung 80an dan 90an kumpulan ini sudah berada dalam keadaan amat selesa. Mereka memegang jawatan2 penting dalam kerajaan dan koporat malah ramai yang menjadi kaya-raya. Seolah2 ‘perjuangan sudah selesai’ dengan mengharapkan biarlah kerajaan saja yang menguruskan pemartabatan ummah. Maka ‘The rising tide of Islam’ di Malaysia amat pendek usianya.

Tiadanya program pengisian rohani yang mantap menyebakan generasi y di Malaysia merupakan anak muda yang lemah dan lesu mindanya. Yang pandai memperjuangkan ijazah dan jawatan tinggi dan yang kurang pandai memperjuangkan anugerah seni hiburan. Yang bodoh memperjuangkan kehidupan bebas tanpa batas. Masyarakat Islam berpuak2 kerana fahaman politik. Isu murtad mungkin merupakan menifestasi dari keadaan ini.

Kita melihat sifat negatif generasi y di Malaysia kadang2 lebih parah dari di barat. Dadah yang diambil oleh generasi y adalah lebih canggih.Tidak mampu membeli dadah mereka menghidu gam dan yang paling hina sekarang ialah anak muda ketagihan menghidu najis lembu.

Di hadapan kita adalah sebuah zaman yang dipanggil the Age of Intelligence. Dikatakan kumpulan terakhir generasi z adalah mereka yang lahir tahun 2009 ini. Kerja rumah anak2 gen z memerlukan rujukan internet. Tekan jari semua dapat. Mereka tidak lagi membaca buku tetapi mereka lebih bijak kerana maklumat yang sangat banyak mereka dapat seharian melalui dunia maya. Limpahan informasi tanpa tapisan membuat anak2 kecil yang belum boleh membezakan antara yang baik dengan yang buruk menerima apa saja maklumat yang mereka terima.

"Jauh di sudut hati saya mengharapkan selepas generasi z biarlah Generasi Q pula, generasi Quranic atau generasi Rabbani yang membawa kembali manusia kepada fitrahnya sebagai makhluk beragama, menyembah Allah yang Maha Esa. Biarlah kita yang menjadi arkiteknya, bukan Barat. Terhentinya ‘the rising tide of Islam’ pada era 70an dan 80an moga dapat disambung semula pada dekad kedua di abad ini."

Saya mempunyai 3 anak generasi y, 2 sempadan generasi ydan z dan seorang generasi z.

Anak pertama hingga keempat agak kurang pengaruh ciri2 negatif generasi y mungkin kerana mereka melalui sistem sekolah agama asrama penuh. Didikan dari Sekolah Idrisiah Kuala Kangsar dan sekolah JAIS memberi pengaruh agak berkesan bagi mengurangi pengaruh nakal anak2 K.L. Kalau tidak, saya tidak dapat bayangkan macam manalah agaknya anak2 saya sekarang yang waktu kecilnya cukup nakal.

Anak ke 5 yang lahir dalam sempadan y dan z melekat dengan laptop tetapi masih gemar dibawa berziarah ke rumah saudara-mara. Anak ke 6 yang merasa bangga bila saya katakan dia generasi z, memang tidak dapat terlepas dari ciri2 melekat dengan pc dan sangat liat diajak keluar. Apabila diasak supaya mengulangkaji pelajaran sebab periksa sudah dekat, dia berhujah, “Ibu, sepatutnya kita belajar untuk ilmu, bukan untuk periksa. Belajar perlu dalam keadaan gembira bukan didesak.”

Apabila disuruh berhenti berinternet dia berkata, “Hanif generasi z”

Khamis, 23 Julai 2009

BANKABLE Bay

Disalin daripada: http://www.mmail.com.my/content/8270-bankable-bay

Thursday, July 16th, 2009 06:02:00
Bay

HARD AT WORK: Bay is characterised by his aggressive visual style

WHETHER you love or hate the latest Transformers movie - Revenge of the Fallen, no one can deny that its director Michael Bay will be one of Hollywood's most influential people for years to come.

You can't argue with someone who just cracked the biggest Wednesday opening gross in history - US$62 million (RM221 million) in the States alone and almost US$100 million around the world. The numbers are still climbing and when the dust finally settles, Bay might have a few more records under his belt.

"Yeah you always try to challenge yourself," Bay said in an interview recently. "I think this movie has a lot more fun and more passion than the first one. It is just much more of an adventure. So it feels different. We have shot some great stuff and it is definitely a better looking movie."

Bad Boys

BAD BOYS: Made at US$9 million, raked in US$140 million

Add to that the fact that Bay actually did the immensely successful, even legendary Got Milk? campaign. Yep, he was the man who came up with a series of memorable commercials for that one.

After launching his career as an award-winning commercial and music video director, Bay quickly emerged as one of Hollywood's boldest and most bankable feature film directors.

Characterised by his aggressive visual style and high-octane action sequences that have become the LA native's cinematic signature, the films that Bay has directed and produced have surpassed US$3 billion in worldwide ticket sales.

"Whenever you are doing a movie, you don't really know if it is going to work or not," said Bay. Even so, he has proven to be one of Hollywood's most bankable directors.

He has been dazzling audiences since the premiere of his first feature film, Bad Boys in 1995. The US$9 million film won Best Action Sequence at the MTV Movie Awards and grossed over US$140 million worldwide, making it Columbia Pictures' top-grossing film of that year. Bay's impressive sophomore effort, The Rock, followed a year later. The Rock eclipsed Bay's blockbuster debut, taking in more than US$335 million worldwide.

His third directing effort was Armageddon, an idea he and writer Jonathan Hensleigh came up with. Bay also produced the film with Jerry Bruckheimer.

Armageddon earned over US$550 million around the globe. Bay continued his hot streak in 2001, directing the epic Pearl Harbour which raked in US$450 million in box office receipts worldwide, and at the time becoming the best-selling DVD.

In 2003, Bay reunited with Will Smith, Martin Lawrence and Bruckheimer for the summer hit Bad Boys 2. The filmmakers followed that effort with the action thriller The Island.

"This one (Transformers: Revenge of the Fallen) is fun. It still has its ups and downs, though. It is challenging because I shoot these movies really fast. A lot of the directors who do these big movies have a second unit that is on the go the entire time. I don't have a second unit, so we are doing it all ourselves.

"I want to maintain my vision and I also pride myself on bringing these movies on budget. We are shooting this for 30 million or 40 million dollars cheaper than what the second movie would normally cost."

Bay's first Transformers film was the third highest grossing picture of 2007.

Transformer

TRANSFORMER: Bay's current big hitter

He turned a popular children's cartoon series into an exciting live-action blockbuster for audiences of all ages that grossed over US$700 million worldwide, making it his most successful effort to date. Not surprisingly, Transformers was also the best-selling DVD of 2007.

Bay's production company, Bay Films, remains one of the most cutting-edge production entities in Hollywood
today and continues to grow. Six years ago, he joined forces with producers Brad Fuller and Andrew Form to create Platinum Dunes, a company whose mission is to make films with budgets under US$20 million that would give talented commercial and video directors the chance to break into the feature world.

The first offering from the company was The Texas Chainsaw Massacre - a re-imagining of the 1974 cult classic, which opened to top-notch reviews and grossed over US$110 million - The Amityville Horror (over US$108 million), The Texas Chainsaw Massacre 2: The Beginning (US$51 million) and a re-conceptualisation of the 1986 thriller The Hitcher (US$20 million).

Their most recent release, a fresh incarnation of Friday the 13th opened this past February with receipts beyond US$90 million. Platinum Dunes has a broad slate ahead, including original projects The Horsemen and Fiasco Heights. The company is currently in production in Chicago with A Nightmare on Elm Street.

"Sometimes I keep a notepad by my bedside to jot down ideas from dreams," said Bay. "Lately I have had directing dreams. That is the worst. You are half awake/ half asleep and you dream about shots."
In 2006, Bay and two partners bought one of the film industry's premier digital effects houses, Digital Domain, from James Cameron.

It provided effects for Titanic, Transformers and Pirates of the Caribbean and will be the first production house to build an animation film using a gaming engine, which will greatly reduce animation costs.

One week out of film school in 1989, Bay began directing commercials and music videos for Propaganda Films. His works for such acts as Meat Loaf, Aerosmith, Tina Turner, Donny Osmond, and the DiVinyls won the young filmmaker recognition, acclaim and a number of MTV Video Award nominations. He won the coveted Best Music Video prize in 1992 and 1999.

When Bay's first television spot - for the American Red Cross - was honoured with a Clio in 1992, it heralded the aspiring film director's rapid ascent from unknown film school grad to creative force.

Over the next three years, the Wesleyan University graduate would direct some of the best known and most acclaimed advertising campaigns in the world, including those for Nike, Budweiser, Coca Cola, Reebok, Miller and Victoria's Secret.

In 1995, Bay, at the young age of 27, was honoured by the Directors Guild of America as Commercial Director of the Year. He is the youngest director to have won nearly every award bestowed by the advertising industry. Bay's Got Milk? campaign now resides in the permanent collection of New York's Museum of Modern Art.

He won the Grand Prix Clio for Commercial of the Year for the irreverent Got Milk?/Aaron Burr commercial, this famous spot was voted into the top 10 classic spots of all time.

Armageddon

ARMAGEDDON: Made a deep impact with audiences

Selangor juara Liga Super


GEMBIRA... Devan dijulang oleh pemain-pemain Selangor selepas mereka mengesahkan status selaku juara Liga Super dengan menewaskan PDRM 6-1 di Stadium MPS, Selayang semalam.





SELANGOR juara Liga Super 2009. Gelaran itu disahkan selepas mereka membelasah Polis Diraja Malaysia (PDRM) 6-1 di Stadium Sela- yang malam tadi.

Biarpun masih ada satu perlawa- nan lagi untuk diharungi iaitu menentang Pahang di Stadium Shah Alam, Sabtu ini, jumlah 60 mata yang dikumpul Selangor ketika ini tidak mampu lagi dipintas pencabar terdekat, Perlis.

Ini merupakan kali pertama Sela- ngor muncul juara Liga Super sejak diperkenalkan pada 2004.

Namun, bagi jurulatih Selangor, K. Devan, ia adalah kali kedua beliau memenanginya selepas membawa Negeri Sembilan muncul juara pada 2006.

Beraksi di hadapan 3,000 penon- ton, Devan tetap menurunkan kesebelasan utama terbaiknya termasuk ketua pasukan, Amri Yahyah yang beraksi untuk skuad kebangsaan bertemu Manchester United kira-kira 24 jam sebelumnya.

Pada aksi semalam, Selangor hanya memerlukan tiga minit untuk memperoleh gol pertama menerusi percubaan Rudie Ramli.

Nasriq Baharom menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-29 selepas pemain pertahanan Selangor itu berjaya menanduk masuk hantaran Hardi Jaafar dari sebelah kiri.

Baru seminit separuh masa kedua bermula, Selangor memperoleh gol ketiga menerusi Amri yang menyempurnakan dengan baik sepakan sudut R. Surendren. Gol keempat Selangor menyusul pada minit ke-54 menerusi Razman Roslan yang bijak menyempurnakan sepa- kan penalti.

Derita PDRM bertambah apabila Nazrul Effendy Md. Nor dilayangkan kad merah pada minit ke-64 selepas melakukan terjahan keras ke atas Safee Sali.

Kesempatan itu digunakan Sela- ngor dengan menambah dua lagi gol menerusi dua pemain gantian, Amirulhadi Zainal pada minit ke-71 dan rembatan jarak jauh D. Surendran minit ke-75 untuk menjadikan kedudukan 6-0.

PDRM memperoleh gol sagu hati menerusi Khairul Izuan Abdullah pada minit ke-84 untuk keputusan muktamad Selangor menang 6-1.

Selasa, 21 Julai 2009

Respon Sir Eeqbalz terhadap entri "Budaya Al-Mathurat di UIAM)



Disalin daripada: http://blogs.iium.edu.my/martinelli - Respon daripada Sir Eeqbalz (http://eeqbalz.wordpress.com) berkenaan entri "Budaya Al-Ma'thurat di UIAM"

Assalamualaikum puan,

Seronoknya baca mengenai UIA walaupun berita / trend terbaru tu jauh sekali boleh bangga. Cuma saya seronok sangat baca tentang sejarah a.k.a. sejarah / the good old days semasa di UIA.

Ye saya masih boleh recall pengalaman tahun 1998 masa di UIA Gombak. Tanah masih tidak rata, berbatu-batu dan sana sini ada saja bahan tinggalan construction. Pokok - pokok pun masih muda dan kalau lihat betul2, sangat struggle untuk bertapak di bumi UIA yang agak fresh dan boleh dikatakan masih untamed lands.

Kalau berjalan ke kuliah, selalu sahaja sesat al-maklum jalan dari bilik di Mahallah As-Siddiq ke AIKOL masih be’ronak duri’. Kasut biasa saja berlumpur dan kotor bila ke kuliah terutama sekali kalau selepas hujan. Bangunan ECONS yang usianya paling senior ketika itu masih tampak junior. Bangunan HS yang jauh sedikit dari AIKOL masih lagi berbau cat dengan kerusi mejanya yang baru .

Kadang2 ke kuliah, terpaksa berlari dan berselindung di balik dinding maklum sahaja nakalnya kami tidak pakai name tag dan sering kali terima teguran ‘pak guard’ dan staff discipline unit. Tapi kuliah tetap kami hadir walaupun jalan ke kuliah tidak beratap dan berbumbung.

Rata - rata kawan2 memilih untuk memadatkan hari Isnin hingga Khamis dengan kelas agar kami mempunyai kelapangan pada Jumaat hingga Ahad. Bukan untuk balik ke rumah tapi kerana komitment untuk program-program kemasyarakatan yang dipelopori abang2 dan kakak2 senior kami. Dari sekecil2 program hinggalah yang sebesar2nya, memang sibuk hujung minggu kami.

Bercerita bab usrah, ma’thurat dan asma ul-husna, memang ketiga2nya merupakan identity dan nadi warga UIAM dulu (kalau tidak kini dan selamanya). Semasa taaruf (baju T taaruf saya berwarna merah masih lagi saya pakai dan elok lagi - ada kualiti buatan org2 dulu), selain 3 perkara itu, qiyam memang aktiviti wajib kami. Mulanya petang sehinggalah ke pagi hari, program qiyam diadakan di masjid (tidur, makan, ceramah semuanya di masjid). Terima kasih al-ustaz Ismail Chong.

Bab usrah pula, saya masih ingat naqib saya saudara Azman. Beliaulah yang mengetuai usrah kami. Based on today’s standards, kalau generasi z lihat program usrah yang dijalankan kami dulu, pasti mereka akan kata ia minimalist, ad hoc dan almost spartan in nature. Walau bagaimanapun, generasi kami setuju usrah ketika itu lebih kepada isi dari rupa. Kami ketika itu tiada pula ustaz / staff dari STAD yang periksa sama ada usrah betul2 dibuat atau tidak. Masing2 malu sendiri kalau tidak melaksanakan atau hadir ke usrah.

Bab al-ma’thurat ni memang sentimental bagi generasi UIA dulu. Apatah lagi mengetahui sejarah dan asal usul ma’thurat itu. Ringkasnya Usrah, ma’thurat, qiyam dan asma ul-husna sangat sinonim dengan UIA. Bukanlah saya hendak katakan generasi UIA sekarang terlalu kurang. Hakikatnya generasi kami juga banyak tempuh bermacam mehnah dan tribulasi (satu lagi term old timer / senior UIA dulu).

Cuma yang mampu kami bertahan ialah dengan semangat masing2 kenal satu sama lain. Usrah ketika itu sangat mujarab untuk mengikat tali persaudaraan dalam erti kata sebenar dan bukan sahaja lafaz kosong “brother / sister”. Dahulu kami pernah berhadapan situasi softies yang terlalu berleluasa. Walaupun tidak 100% ia diatasi, tapi saya boleh katakan usrah berjaya bantu sekurang2nya 2 orang rakan kami dan menyelamatkan mereka dari terus songsang.

Usrah janganlah pula dianggap sebagai aktiviti ‘geng kopiah’ tapi di zaman kami, rakan2 yang ‘hoo haa’ juga aktif. Tiada persepsi negatif atau suul zon. Semua diterima semua dijemput. Kalau yang liat2 untuk hadir, ubatnya ialah mengadakan usrah di biliknya. Pokok persoalan bagi powers that be ialah untuk memikirkan sama ada form or substance yang perlu dikejar pada masa kini.

Sama ada aktiviti UsMAQ (Usrah Ma’thurat Asma ul-Husna Qiyammullail) masih boleh diterima pakai oleh warga UIA sekarang atau telahpun luput ditelan zaman, hendaklah kita dan UIA menepuk dada dan tanya ke mana hendak pergi. Janganlah apabila kita sudah sampai di penghujung jalan, kepala ditepuk kerana tersilap mengambil langkah!

Pun begitu, ini bukanlah kritikan kepada rakan2 di UIA cuma honest comment from a former student / staff of UIA who is for

Budaya Al-Ma’thurat di UIAM


Disalin daripada: http://blogs.iium.edu.my/martinelli
Imej disalin daripada: http://phototreksemenanjung.files.wordpress

Suatu ketika dulu setiap pelajar UIA hafal bacaan Al-Ma’thurat, wirid indah yang dipopularkan oleh Imam Hassan Albana. Waktu itu pegawai2 STAD/HEP dan kebanyakan pensyarah adalah dari kalangan mereka yang mengamalkan wirid tsb.

Tiga amalan warga UIAM yang menjadikan UIA begitu unik adalah usrah, Al-Ma’thurat dan alunan Asma’ ulhusna. Ketiganya2 menjadi identiti budaya UIAM suatu ketika dulu selain daripada istilah2 arabic untuk kolej kediaman dan fakulti yang cukup memberi kesan kepada setiap pelajar. Songkok hitam yang dililit dengan pita logo warna emas akan membuat pemakai rasa bahagia menjadi warga UIAM.

Sehingga ke hari ini, semua pelajar baru masih dibekalkan dengan buku kecil ‘Al-Ma’thurat’. Tetapi berapa ramai agaknya yang menjadikannya wirid harian. Kalau ditanya siapa Hasan Albana pun tidak ramai pelajar yang tahu. Asma’ ul Husna masih dialunkan tetapi tidak sekerap dulu. Mereka yang mencintai kedamaian, keharmonian dan persaudaraan meyakini doa dan amalan tsb mempunyai impak yang besar dalam kehidupan seharian kita.

Apabila ianya menjadi budaya dengan semua orang di sekeliling kita mengamalkannya kita akan merasa rendah diri jika tidak mengamalkannya.

Sekadar mengulangi kembali, bukankah bacaan Alfatihah, Albaqarah, ayat kursi, alIkhlas, AlFalaq, Annas dan surah2 lain dalam alMa’thurat adalah ayat2 Allah yang apabila dipandang saja pun sudah diberi pahala, apatah lagi jika diwiridkan. Membacanya dengan penuh penghayatan selepas subuh dan asar…… masyaAllah, syahdunya apabila membayangkan rahmat Allah yang begitu besar. Apalah lagi yang lebih kuat sebagai pengukuh jiwa seorang muslim kalau bukan Al-Qur’an zikir dan doa. Apalagi kehebatan warga UIA kalau bukan kehebatan pembudayaan ilmu, membaca Al-Qur’an, zikir dan doa.

Dulu setiap program pelajar mesti ada Qiyamullail. Sekarang aktiviti ‘explorace’, ‘telematch’, ‘cabutan bertuah’ mengmbil tempat. Kata mereka untuk lebih ‘fun’ supaya lebih ramai orang datang. Yang terbaru pula ialah lenggang-lenggok poco poco…ramai yang menyukainya tetapi tidak sesuailah lelaki dan perempuan berjoget dengan goyang dangdut yang kelihatannya agaknya seksi dan ia dibuat tanpa ada dinding pemisah antara mereka. Silap kawalan ia akan membawa fitnah yang menjejaskan ibadah. Katanya untuk kesihatan. Niat yang baik tetapi perlulah berhati2 dengan syariat yang jadi pegangan kita. Lagu yang dipilih hendaklah bukan lagu yang senikatanya berunsur lucah. Itu yang tertulis dalam cultural guideline UIAM.

Misi Islamisasi UIA tidak mungkn berjaya tanpa Islamizaton of behaviour and Islamization of daily practice oleh warganya.

Saya amat runsing dengan gelagat pelajar yang semakin degil menutup aurat mereka dengan baik. Sudah 2 hari saya menegur seorang pelajar sewaktu saya keluar dari masjid kerana tudungnya yang sangat jarang, hanya terletak di kepala dengan leher terdedah,t-shirt ketat paras pinggang duduk di depan pintu masjid berbual rancak dengan kawannya2. Teguran seorang ibu yang disambut baik oleh pelajar berkenaan

The deislamization of behavior (pengikisan sikap islami) yang dilakukan oleh segelintir pelajar melalui tindakan2 seperti tidak menutup aurat akan menjejaskan nama baik UIAM



Things you may want to know about Malaysia and Manyoo

Disalin daripada: http://rizalhashim.blogspot.com

Saturday, July 18, 2009

July-Aug 1995, loose cannon a footballwriter with Berita Harian

Centreback Nidzam Jamil, Laurent Blanc's favourite bald pate and Azmin Azram Abdul Aziz after the 2001 encounter - from Nidzam's FB, without permission. Loose cannon reporting for The Malay Mail

Kamarulzaman Hassan conceded four goals against the Beckham-powered Red Devils on July 22, 2001

K. Kanagarajah has the distinction of being the only Malaysian to score against the Red Devils, netting Selangor's solitary goal on June 14, 1981. Loose cannon was with his Ayah at Merdeka Stadium

Ollerenshaw can claim to have beaten Peter Schmeichel, on July 31, 1995

Previous Manyoo's visits

1981

Malaysia 0 Manchester United 0
United line-up: Paddy Roche, Martin Lane, Arthur Albiston, Martin Buchan, Kevin Moran, Ashley Grimes, Scott McGarvey, Garry Birtles, Joe Jordan, Lou Macari, Gary Worral.

Sabah 0 Manchester United 1 (Ashley Grimes)
United line-up: Paddy Roche, Martin Lane, Kevin Moran, Martin Buchan, Arthur Albiston, Mike Duxbury, Lou Macari, Ashley Grimes, Joe Jordan, Steve Coppell, Garry Birtles (Scott McGarvey)

Selangor 1 (K. Kanagarajah) Manchester United 4 (Joe Jordan, Steve Coppell (2), Garry Birtles)
United line-up: Gary Bailey, Martin Lane, Kevin Moran, Martin Buchan, Arthur Albiston, Mike Duxbury, Lou Macari, Ashley Grimes, Joe Jordan, Steve Coppell, Garry Birtles (Scott McGarvey).

1995

Selangor Selection 1 (Scott Ollerenshaw) Manchester United 4 (Steve Bruce, Nicky Butt, Gary Pallister, Lee Sharpe)
United line-up: Peter Schmeichel, Steve Bruce, Gary Pallister, Paul Parker (Phil Neville), Denis Irwin, Gary Neville, Paul Scholes (David Beckham), Nicky Butt, Brian McClair, Roy Keane, Lee Sharpe.

Selangor Selection 0 Manchester United 2 (Steve Bruce, Paul Scholes)
United line-up: Peter Schmeichel (Kevin Pilkington), Paul Parker, Dennis Irwin, Steve Bruce, Gary Pallister, Phil Neville, Nicky Butt, Roy Keane, Brian McClair, Paul Scholes, Ben Sabruley.

2001

Malaysia 0 Manchester United 6 (Ruud van Nistelrooy (2), David Beckham, Andy Cole (2), Luke Chadwick
United line-up: Fabien Barthez, Denis Irwin (Phil Neville), Jaap Stam, Ronny Johnsen (Wes Brown), Gary Neville, Ryan Giggs (Quinton Fortune), Juan Sebastian Veron (Paul Scholes), Roy Keane (Nicky Butt), David Beckham (Luke Chadwick), Dwight Yorke (Andy Cole), Ruud Van Nistelrooy (Ole Gunnar Solksjaer).

If I were a PR guy....



Artikel disalin daripada: http://rizalhashim.blogspot.com
Imej disalin daripada: http://selangorfc.com

Tuesday, July 21, 2009

...I would have done some research on who was the Selangor player that had the distinction of scoring against Manchester United on June 14, 1981. I would have discovered that he was K. Kanagarajah and that since his retirement, the former winger had given his life to coaching youngsters around Cheras. I would then arrange for him and his players to attend a coaching clinic held by Bryan Robson or the current United team and later give them a special pass to enter the National Stadium on Saturday. Read Tony Mariadass' here which perfectly captures the Malaysian angle which used to be Malay Mail's forte! Also despite the bombings in Jakarta, I would have advised the United delegation to go ahead with the trip to Jakarta. The Red Devils, despite being the symbol of power and success, decided to abandon their huge fan base in Jakarta. Ask in return security measures fit for presidents and change hotels. If only I were a PR guy...

Rabu, 15 Julai 2009

Mokhtar's legacy outlives his death

Dipetik daripada: http://rizalhashim.blogspot.com
Friday, July 10, 2009

Tomorrow commomerates the 18th year of Mokhtar Dahari's death. RTM's TV1 ran a nostalgic tribute last night on Sekilas Liga, featuring rare footages of Mokhtar's trademark marauding runs culminating with goals against Arsenal (1975) and Singapore (1987). Read my tribute last year here. UPDATED Read Tony Mariadass' 15 minutes with Supermokh.

His emergence coincided with arguably the nation's most glorious decade but Mokhtar was not involved on the two occasions the team qualified for the Olympics. He was too young when Syed Ahmad Abu Bakar propelled the team to Munich in the pre-Olympics in 1971. In 1980, plagued by a knee injury and a bruised ego for unjustly being accused of matchfixing, Mokhtar was in self-imposed retirement when Hassan Sani and James Wong combined to beat South Korea and Japan in the qualifiers.

Zian Johari and S.C. Sekaran reporting for New Straits Times, 1976. Before a crowd of 55,000, Mokhtar scored twice against a Japanese side that boasted Kamamoto and Okudera on Aug 22. Mokhtar was probably at the heights of his powers then for a year later his knee went under the surgeon's knives

Back row: Azraai Khor @ Khor Sek Leng, P. Umaparam, Isa Bakar.
Middle: Irfan Bakti Abu Salim, Mokhtar, R. Arumugam, team official. Front: Zainuddin Kassim, Rashid Hassan, Yahya Jusoh

The team that beat Japan and Kamamoto and Co 2-0 in 1976 Merdeka Tournament. Mokhtar standing fourth from right

Former Prime Minister Tunku Abdul Rahman Putra with the squad circa 1976


Dunia Sukan, published by Utusan Malaysia, circa 1979

Though Mokhtar was considered one of the best footballers in Asia, he could have created a bigger legacy had he pursued a career overseas. I wonder how things would have turned out had he had the courage to blaze the pro trail the way his contemporaries - South Korea's Cha Bum Keun and Yasuhiko Okudera of Japan - did in the Bundesliga. Mokhtar received offers from Middle Eastern countries and greatly impressed Bobby Robson, the Ipswich manager who brought England B to Kuala Lumpur in 1978.
Yasuhiko Okudera

Cha Bum Keun


Volkswagen's sole importer, Datuk Zulkifli Ishak, a Johannian (naturally wearing green), and Bursa Malaysia CEO, Datuk Yusli Mohamed (right), like Mokhtar a Victorian, naming the trophy the Mokhtar Dahari Cup

SJI v VI

Pengganti Mokhtar masih belum kelihatan hampir dua dekad

Dipetik daripada: http://www.kosmo.com.my -Ahad 12 Julai 2009-
(Sumber maklumat asal ialah daripada: http://rizalhashim.blogspot.com)



SEMALAM genap 18 tahun pemergian Allahyarham Mokhtar Dahari.
Pemergiannya ditangisi dan sehingga kini kekosongan yang terlalu besar itu belum terisi.

TV1 memberi penghormatan kepada sejarah kerjaya Allahyarham menerusi program Sekilas Liga, Khamis lalu.

Mujur bagi mereka yang terlalu muda untuk menghargai dan mengenali siapa Mokhtar Dahari, youtube dan Internet menghidangkan aksi-aksi anak kelahiran Setapak ini.

Sejarah Mokhtar sudah cukup diketahui umum. Legasinya kekal mekar menerusi rakaman-rakaman video, hasil nukilan dan kata-kata penghormatan menerusi pelbagai media, blog dan arus perdana.

Rata-rata bersetuju Mokhtar antara pemain terhebat dan berpengaruh dalam bola sepak Malaysia.

Namun penulis tertanya-tanya sama ada perkembangan landskap dan nasib bola sepak negara menghasilkan skrip yang berbeza sama sekali jika Mokhtar dan ramai lagi rakan-rakan seperjuangannya menyahut cabaran mencuba nasib di luar negara.

Benar, Chow Chee Keong, Yip Chee Keong dan Wong Choon Wah merintis jalan ke Hong Kong tetapi bekas tanah jajahan British itu bukanlah negara yang kaya budaya bola sepaknya.

Datuk Abdul Ghani Minhat dan Robert Choe dibawa melawat England pada 1960-an tetapi tidak mendapat peluang berkelana.

Berbeza pula dengan pemain sezaman Mokhtar, Cha Bum Keun dari Korea Selatan dan bintang Jepun, Yasuhiko Okudera.

Bintang mereka bersinar apabila mencuri tumpuan dengan Eintracht Frankfurt dan Cologne.

Nama Okudera yang beraksi beberapa kali dalam Pestabola Merdeka, tercatat selaku pemain Jepun pertama menyumbat gol dalam Piala Eropah.

Muka surat 210 buku The European Cup 1955-1980 menceritakan sumbangan Okudera ketika menentang Nottingham Forest pada separuh akhir Piala Eropah 1979.

Dimasukkan selaku pemain gantian oleh jurulatih ternama, Hennes Weisweiler, Okudera, pada sentuhan keduanya, meledakkan rembatan daripada jarak 25 meter.

Ia meluncur melepasi terpaan penjaga gol Forest, Peter Shilton. Jaringan itu cukup memalukan Shilton.

“Itulah kesilapan pertama saya sejak menyertai Forest,” Shilton dipetik sebagai berkata.

Bum Keun yang enam bulan lebih tua daripada Mokhtar, memberanikan dirinya menimba ilmu di Jerman seawal usia 25 tahun dengan SV Darmstadt sebelum menjulang Piala UEFA dengan Eintracht pada 1980.

Keberanian Bum Keun dan Okudera meninggalkan impak maksimum kepada bola sepak di negara masing-masing. Biarpun Korea Selatan dan Jepun mengalami era kemerosotan pada lewat 1970-an, kejayaan Bum Keun dan Okudera di Jerman menerangi kegelapan itu.

Mereka dianggap idola dan pujaan jutaan anak muda. Mereka menjadi bukti kejayaan boleh diperoleh di negara asing. Mereka menjadi bukti anak Asia juga boleh bersaing, duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang Eropah.

Bukan itu saja, Bum Keun menerima gaji cukup lumayan, satu ketika dipercayai gajinya yang ketiga paling mahal di Bundesliga.

Kini, anak muda Korea dan Jepun berduyun-duyun ke Eropah. Benua itu menjanjikan kemewahan dan pengiktirafan.

Budaya memberanikan diri bermain di luar kepompong mereka sudah terpahat di kotak pemikiran anak-anak muda Korea dan Jepun.

Bagaimana agaknya corak lanskap bola sepak negara jika Mokhtar ke England, misalnya?

Sejumlah kecil generasi selepas Mokhtar cuba menyahut cabaran. Lim Teong Kim beraksi untuk Hertha Berlin di Divisyen Tiga Jerman, disusuli Liew Kim Tu dan kemudiannya Akmal Rizal Ahmad Rakhli di Divisyen Tiga Perancis.

Hasilnya, malangnya, tidak seberapa.

Hampir dua dekad sesudah pemergian Mokhtar, beberapa nama sudah muncul. Bezanya mereka ‘berguru’ di luar negara. Wan Kuzain Wan Kamal di Illinois, Amerika Syarikat, Haziq Zikri Elias di England, Muhammad Izzat Daniel yang menambat hati Chelsea tetapi dijangka pulang ke Kuala Lumpur dan Tam Sheang Tsung yang sudah terikat sebagai pemain remaja kelab Yokohama di Jepun.

Adakah mereka bakal mencorakkan warna dan sejarah baru bola sepak negara?

Promosi Buku-Buku Berbahasa Melayu: Kini MPH Mengambil Alih Peranan DBP

Dipetik daripada: http://www.universitipts.com

Pada Sabtu 16 - 26 Julai 2009, MPH akan julung-julung kali mengadakan Karnival Buku Melayu. Karnival itu akan diadakan di Plaza Shah Alam, Shah Alam, dari jam 10 pagi - 10 malam.

Beribu-ribu buku Melayu akan dipamerkan dan dijual di karnival itu. Semua jenis buku Melayu terbitan Malaysia dan Indonesia akan dipamerkan. Buku-buku agama yang terbaik dari Indonesia juga turut dipamerkan.

Apa yang berlaku ini tidak pernah terbayangkan dalam minda pejuang buku-buku Melayu, yakni bahawa MPH - (syarikat yang hampir 100 tahun memfokuskan bisnesnya menjual buku-buku Inggeris sahaja) - kini menjadi pendahulu kepada penganjuran karnival buku-buku Melayu semata-mata.

Sehingga hari ini belum pernah diadakan pesta buku yang dikhususkan untuk buku-buku Melayu. Inilah pesta buku Melayu yang julung-julang kali diadakan.

Bagi MPH sendiri, inilah julung-julung kali syarikat rangkaian kedai buku elit itu mengadakan pesta buku-buku Melayu.

MPH memang sedia mempunyai unit dan pasukan khas yang bertugas mengadakan pameran buku, dan jumlah petugas unit memang banyak. Unit itulah yang menganjurkan Karnival Buku Melayu MPH di Plaza Shah Alam nanti. Para penerbit Melayu hanya membekalkan buku-buku mereka sahaja kepada MPH.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
ainon@pts.com.my
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006


Buku-Buku Melayu: Dari Depan Pintu Tandas ke Depan Pintu Masuk Kedai Buku Elit


Dipetik daripada: http://www.universitipts.comJustify Full

Siapa yang masih berkata kumpulan elit Melayu tidak membaca buku-buku Melayu?

Sebenarnya, orang Melayu yang tidak sudi hendak membeli dan membaca buku-buku Melayu adalah terdiri daripada golongan yang tidak suka pergi ke kedai buku, tidak membeli buku, apatah lagi membaca buku! (Mantan PM Pak Lah pun diketahui sebagai orang yang tidak membaca buku.)

Kota Putrajaya adalah bandar kelas menengah Melayu. Jika tuan-tuan pergi ke Putrajaya, singgahlah ke kompleks membeli-belah Alamanda. Di situ ada kedai buku MPH yang mempamerkan banyak judul-judul Melayu. Malah MPH Alamanda mempamerkan 80% judul Melayu manakala judul Inggeris 20% sahaja. Keadaan begini tidak pernah terbayangkan oleh para pejuang buku Melayu.

Di kompleks membeli-belah No.1 besar di Malaysia, yakni di Midvalley Kuala Lumpur, ada sebuah kedai buku MPH. Ia adalah kedai MPH yang paling besar. Dulu-dulu sebiji buku Melayu pun tidak terdapat di dalamnya. Lima tahun yang lalu MPH membuat eksperimen menjual buku Melayu dan memberi ruang 50 kaki persegi sahaja. Baru-baru ini MPH menambah ruang itu terus menjadi 2000 kaki persegi.

Dulu-dulu, buku Melayu tidak laku, ataupun kalau laku, sangat sedikit jumlah yang terjual. Disebabkan buku Melayu tidak laku, maka buku-buku itu di susun di rak belakang-belakang, berdekatan dengan pintu tandas! Begitulah merempatnya buku Melayu di tanah airnya sendiri.

Sekarang, banyak kedai buku elit mempamerkan buku-buku Melayu betul-betul di depan pintu masuk! Itulah zon paling mahal dalam ruang kedai buku. Penerbit sanggup membayar sewa kepada kedai buku supaya bukunya dapat diletakkan dalam zon emas itu.

Dulu-dulu buku Melayu tidak merasa dipamerkan dalam zon emas di depan pintu masuk kedai-kedai buku elit seperti MPH, tetapi sekarang keadaan sudah berubah.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
ainon@pts.com.my
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006