Disalin daripada: http://blogs.iium.edu.my/martinelli/
Imej: Penghargaan kepada sahabatku Shahrizat Said yang bertugas di UNISEL.
Semalam seorang sahabat yang memberitahu sering membaca blog ini bertanya “Selepas generasi z apa pula?”
Teori2 generasi ini adalah teori demografi Barat. Pengaruh barat yang begitu kuat menyebabkan kita tidak dapat mengelakkan masyarakat dari terjebak dengan gejala2 negatif yang dikaitkan dengan generasi2 berkenaan. Sifat2 negatif generasi baby boomers (lahir 1946-1960) dikaitkan dengan hippies, perang, ganja, heroin, morphine dan hidup tanpa pegangan agama. Mereka menjadi ibubapa kepada generasi x (lahir 1960-1980) yang lebih parah kerana menolak perkahwinan. Maka sifat2 negatif generasi x dikaitkan dengan anak luar nikah, gay. lesbian dll. hasil pengaruh Boy George, penyanyi yang beridentitikan maknyah. Wujudlah juga gereja untuk gay dan lesbian dan pengesahan perkahwinan sesama jenis.
Jauh lebih parah apabila generasi y pula menolak terus nilai2 agama dan pengaruhnya sangat kuat kerana dunia sudah tidak punya sempadan.
Malaysia lebih bernasib baik kerana semasa generasi x masih remaja di awal tahun70an timbullah apa yang dipanggil ‘the rising tide of Islam’. Kumpulan belia dan pelajar di pusat pengajian tinggi yang mempunyai kesedaran untuk memartabatkan kembali gaya hidup Islam membawa satu gerakan yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam masyarakat. Kumpulan inilah yang meletakkan kembali tudung di kepala wanita Melayu dan kopiah di kepala orang lelaki. Pada masa itu wanita hanya meletakkan selendang di bahu termasuk para ustazah yang mengajar di sekolah.
Namun di penghujung 80an dan 90an kumpulan ini sudah berada dalam keadaan amat selesa. Mereka memegang jawatan2 penting dalam kerajaan dan koporat malah ramai yang menjadi kaya-raya. Seolah2 ‘perjuangan sudah selesai’ dengan mengharapkan biarlah kerajaan saja yang menguruskan pemartabatan ummah. ‘Maka ‘The rising tide of Islam’ di Malaysia amat pendek usianya.
Tiadanya program pengisian rohani yang mantap menyebakan generasi y di Malaysia merupakan anak muda yang lemah dan lesu mindanya. Yang pandai memperjuangkan ijazah dan jawatan tinggi dan yang kurang pandai memperjuangkan anugerah seni hiburan. Yang bodoh memperjuangkan kehidupan bebas tanpa batas. Masyarakat Islam berpuak2 kerana fahaman politik. Isu murtad mungkin merupakan menifestasi dari keadaan ini.
Kita melihat sifat negatif generasi y di Malaysia kadang2 lebih parah dari di barat. Dadah yang diambil oleh generasi y adalah lebih canggih.Tidak mampu membeli dadah mereka menghidu gam dan yang paling hina sekarang ialah anak muda ketagihan menghidu najis lembu.
Di hadapan kita adalah sebuah zaman yang dipanggil the Age of Intelligence. Dikatakan kumpulan terakhir generasi z adalah mereka yang lahir tahun 2009 ini. Kerja rumah anak2 gen z memerlukan rujukan internet. Tekan jari semua dapat. Mereka tidak lagi membaca buku tetapi mereka lebih bijak kerana maklumat yang sangat banyak mereka dapat seharian melalui dunia maya. Limpahan informasi tanpa tapisan membuat anak2 kecil yang belum boleh membezakan antara yang baik dengan yang buruk menerima apa saja maklumat yang mereka terima.
"Jauh di sudut hati saya mengharapkan selepas generasi z biarlah Generasi Q pula, generasi Quranic atau generasi Rabbani yang membawa kembali manusia kepada fitrahnya sebagai makhluk beragama, menyembah Allah yang Maha Esa. Biarlah kita yang menjadi arkiteknya, bukan Barat. Terhentinya ‘the rising tide of Islam’ pada era 70an dan 80an moga dapat disambung semula pada dekad kedua di abad ini."
Saya mempunyai 3 anak generasi y, 2 sempadan generasi ydan z dan seorang generasi z.
Anak pertama hingga keempat agak kurang pengaruh ciri2 negatif generasi y mungkin kerana mereka melalui sistem sekolah agama asrama penuh. Didikan dari Sekolah Idrisiah Kuala Kangsar dan sekolah JAIS memberi pengaruh agak berkesan bagi mengurangi pengaruh nakal anak2 K.L. Kalau tidak, saya tidak dapat bayangkan macam manalah agaknya anak2 saya sekarang yang waktu kecilnya cukup nakal.
Anak ke 5 yang lahir dalam sempadan y dan z melekat dengan laptop tetapi masih gemar dibawa berziarah ke rumah saudara-mara. Anak ke 6 yang merasa bangga bila saya katakan dia generasi z, memang tidak dapat terlepas dari ciri2 melekat dengan pc dan sangat liat diajak keluar. Apabila diasak supaya mengulangkaji pelajaran sebab periksa sudah dekat, dia berhujah, “Ibu, sepatutnya kita belajar untuk ilmu, bukan untuk periksa. Belajar perlu dalam keadaan gembira bukan didesak.”
Apabila disuruh berhenti berinternet dia berkata, “Hanif generasi z”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan