Rabu, 15 Julai 2009

Buku-Buku Melayu: Dari Depan Pintu Tandas ke Depan Pintu Masuk Kedai Buku Elit


Dipetik daripada: http://www.universitipts.comJustify Full

Siapa yang masih berkata kumpulan elit Melayu tidak membaca buku-buku Melayu?

Sebenarnya, orang Melayu yang tidak sudi hendak membeli dan membaca buku-buku Melayu adalah terdiri daripada golongan yang tidak suka pergi ke kedai buku, tidak membeli buku, apatah lagi membaca buku! (Mantan PM Pak Lah pun diketahui sebagai orang yang tidak membaca buku.)

Kota Putrajaya adalah bandar kelas menengah Melayu. Jika tuan-tuan pergi ke Putrajaya, singgahlah ke kompleks membeli-belah Alamanda. Di situ ada kedai buku MPH yang mempamerkan banyak judul-judul Melayu. Malah MPH Alamanda mempamerkan 80% judul Melayu manakala judul Inggeris 20% sahaja. Keadaan begini tidak pernah terbayangkan oleh para pejuang buku Melayu.

Di kompleks membeli-belah No.1 besar di Malaysia, yakni di Midvalley Kuala Lumpur, ada sebuah kedai buku MPH. Ia adalah kedai MPH yang paling besar. Dulu-dulu sebiji buku Melayu pun tidak terdapat di dalamnya. Lima tahun yang lalu MPH membuat eksperimen menjual buku Melayu dan memberi ruang 50 kaki persegi sahaja. Baru-baru ini MPH menambah ruang itu terus menjadi 2000 kaki persegi.

Dulu-dulu, buku Melayu tidak laku, ataupun kalau laku, sangat sedikit jumlah yang terjual. Disebabkan buku Melayu tidak laku, maka buku-buku itu di susun di rak belakang-belakang, berdekatan dengan pintu tandas! Begitulah merempatnya buku Melayu di tanah airnya sendiri.

Sekarang, banyak kedai buku elit mempamerkan buku-buku Melayu betul-betul di depan pintu masuk! Itulah zon paling mahal dalam ruang kedai buku. Penerbit sanggup membayar sewa kepada kedai buku supaya bukunya dapat diletakkan dalam zon emas itu.

Dulu-dulu buku Melayu tidak merasa dipamerkan dalam zon emas di depan pintu masuk kedai-kedai buku elit seperti MPH, tetapi sekarang keadaan sudah berubah.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
ainon@pts.com.my
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Tiada ulasan:

Catat Ulasan