Sabtu, 5 Jun 2010

QUR’ANIC GENERATION, QUR’ANIC WAVE


Entri ini disalin daripada blog Bonda Nelli:

http://blogs.iium.edu.my/martinelli/

Apakah masih ada yang mampu kita lakukan selain berdoa dan bersimpati dengan nasib saudara kita di Palestine?

Rakyat Palestine berdepan dengan serangan fizikal oleh Yahudi. Mereka memerlukan kekuatan fizikal untuk mempertahankan diri. Kita mungkin tidak mampu turun berjuang bersama mereka.

Orang Islam di sini berdepan dengan serangan minda oleh Yahudi juga. Kita memerlukan kekuatan minda untuk bertahan. Kita mampu melakukannya, Insya Allah. Bezanya kita dengan orang Palestine, ialah setiap saat bagi mereka adalah perjuangan sedangkan kita masih terlalu banyak masa yang disiakan2 dan tidak dapat melihat medan perjuangan yang perlu kita sertai. Kita masih mengharapkan orang lain untuk melakukannya dan kita hanya duduk sebagai pemerhati.

Kekuatan ummah bergantung kepada kekuatan anak2 mudanya. Lemah orang muda, maka lemahlah ummat.

Sepuluh tahun dahulu saya menghadiri satu konferens di Singapura. Mungkin menyedari pentingnya membina kekuatan anak2 muda, Singapura melaksanakan pelbagai strategi untuk membangunkan anak muda mereka. Salah satu darinya ialah melalui program mentoring atau mentor-mentee. Setiap orang yang berjaya di Singapura akan diminta menjadi mentor kepada orang lain terutam belia. Pelajar2 universiti menjadi mentor kepada pelajar sekolah. Saya kagum melihat kesungguhan mereka meningkatan kualiti para mentor melalui latihan2 yang dijalankan atas kesedaran bersama. Kehadiran saya dalam konferensi ini adalah atas jemputan penganjur bersama mereka iaitu British Petroleum yang juga menaja projek mentor-mentee UIA untuk pelajar sekolah sekitar Gombak. Mereka menjemput duta Israel untuk merasmikan konferens itu kerana model mentor-mentee yang digunakan itu adalah model dari Israel yang sememang sangat berjaya dilaksanakan.

Hari ini disebutkan bahawa belia Singapura mempunyai competitive index antara yang tertinggi di dunia. Ini bermakana anak muda mereka mempunyai kualiti berfikir, bekerja dan menilai yang sangat tinggi yang dapat memacu singapura jauh ke depan meninggalkan negara2 jiran yang lain termasuk Malaysia. Kalau dilakukan ranking terhadap kualiti anak2 muda kita dengan orang lain di tahap mana agaknya kedudukan kita?

Amat susah kita untuk menuding jari kepada sesiapapun. Pemerintah dengan isunya2 yang tesendiri. Ahli akademik juga punya isu. Orang korporat punya lebih banyak isu. Ibubapa merasa sudah tidak mampu berhadapan dengan anak2. Guru pula banyak dibebankan dengan tugas. Kita tidak akan cukup kertas untuk menuliskan segala isu2 dan hujjah2 mereka mengelakkan diri dari melaksanakan tanggungjawab.

Sekarang lihat pada diri kita yang mungkin kerdil ini. Kita punya cukup sifat. Kita juga punya peluang untuk melakukan sesuatu. Lebih dari itu diri kita mungkin kerdil tapi jiwa kita tidak punya batas saiz untuk diperkuatkan.

Malam tadi dalam sesi ceramah kepada pelajar UIA, saya katakan kepada mereka,

Sebagai pelajar UIA kalian sudah cukup didedahkan dengan kesedaran tanggungjawab ummatik. Dengan bilangan 21 ribu pelajar sebenarnya kalian mampu menciptakan satu gelombang yang dinamakan Qur’anic Wave bagi melahirkan Qur’anic generation.

Generasi X, Y dan Z sudah berlalu. Itu adalah teori Barat yang tidak dapat kita lari dari menerima tempiasnya. Selama ini kita hanya sebagai penerima ciptaan Barat dan kita tidak dapat lari darinya. Mereka mencipta lampu elektrik, telepon, kapalterbang dll dan kitapun tidak boleh hidup tanpa semua itu. Kini mereka mencipta internet sehinggakan anak muda kita tidak boleh hidup tanpa facebook.

Biarlah kita cuba pula mencipta kaedah untuk menghasilkan generasi-Q. Kembalikan roh al-Quran itu ke jiwa anak2 muda agar mereka dapat merasa hidup bertuhankan Allah bukan bertuankan iblis. Saya yakin, InsyaAllah kalian mampu melakukannya kerana kalian masih muda dan ada peluang untuk melakukannya. Bangunkanlah rakan2 dari tidur mereka dan beritahu mereka bahawa mereka punya beban berat untuk dipikul. Ia perlu dilakukan di sini dan ketika ini. Usah tunggu lagi kerana setiap peluang itu belum tentu akan berulang pada ketika lain.

Apa yang kita perlu lakukan ialah memperkukuh gerak kerja da’wah dan lakukannya secara profesional. Generasi-Q yang ingin kita wujudkan ialah anak muda yang dihatinya ada rasa cinta dan rindu kepada Al-Qur’an. Peribadi mereka menjurus kepada peribadi Rasulullah saw. iaitu Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fathonah. Wujudkan gelombang2 kecil dahulu dan satu ketika nanti, InsyaAllah ia akan menjadi gelombang besar menghasilkan Generasi Q, anak2 muda yang kuat mempertahankan jiwa mereka dari serangan apa saja.

Dulu UIA punya budaya berusrah, Qiyammullail, membaca al-ma’thurat, dan lagu asma’ ulhusna. Hidupkan kembali budaya itu kerana budaya itu sudah terbukti mampu melembutkan hati pelajar menjadi insan yang punya jiwa bertuhan. Budaya ini kian pupus di universiti ini….kembalikanlah. Jadikanlah UIA ini sebagai heavenclass university.

Turunlah ke gelanggang. Berbincanglah. Wujudkan networking. Carilah ilham untuk merancang. Ilham tidak akan turun begitu saja. Bacalah buku2 berkualiti, dapatkan maklumat dari internet dan berbicaralah dengan orang2 yang berilmu dan berkemahiran. Bersihkan jiwa dari penyakit2 hati kerana hati yang kotor tidak akan menerima ilham dan ilmu yang baik”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan