Rabu, 16 Jun 2010

Subculture: Sepak Raga Tuju





Artikel ini adalah insipirasi yang tercetus daripada http://bolarotan.blogspot.com/ yang berjudul Sepak Raga Tuju. Kredit buat teman baik saya iaitu Mohsen Amdan. "Sen, entri ini material bertaraf Discovery Channel dan National Geographic!"


Menurut Online Dictionary of Social Sciences, Subculture ialah satu konsep sosiology yang bermaksud satu entititi budaya dalam satu budaya yang terdapat sedikit perbezaan dari segi norma dan nilai dalam sesuatu kelompok budaya yang besar itu. Ia adalah budaya dalam budaya.


Ini bermaksud, dalam sesuatu jenis budaya yang besar itu yang dikenali melalui ciri-ciri yang lazim, jelas, dan signifikan, terdapat satu jenis aspek yang kelihatan kecil tetapi punyai norma-norma dan nilai-nilainya yang tersendiri. Dalam konteks ini, pelaku-pelakunya berinteraksi sesama sendiri dalam memastikan kemandirian "dunia kecil" mereka ini terjaga dan terus hidup.


Ketika melayari blog Bola Rotan, saya menemui aspek subculture ini yang amat menarik untuk dikongsikan. Aspek yang saya maksudkan ialah subculuture Sepak Raga Tuju dan Liga Tengkorak. Pun begitu, bagi tujuan entri ini saya akan menyentuh tentang Sepak Raga Tuju.


Sejak bertahun-tahun masyarakat Malaysia mengenali sukan sepak raga dan sepak takraw sebagai salah satu ciri-ciri budaya masyarakat Melayu Malaysia. Ianya banyak dimainkan oleh orang Melayu dan juga dikuasai oleh orang Melayu. Kini kedapatan ramai juga masyarakat kaum lain yang berminat dan berkebolehan bermain sukan ini. Saya sendiri ada seorang kenalan masayarakat India yang handal dalam sepak takraw.


Namun ramai yang tidak tahu bahawa dalam proses evolusi sukan sepak raga menjadi sepak takraw ini terdapat satu fasa yang jarang-jarang disebut apatah lagi dikaji. Logiknya jika kita berfikir, mana mungkin sukan sepak raga yang sangat mudah gaya permainannya bertukar kepada sepak takraw yang punyai sistem permainan yang agak moden.


Dalam blog Bola Rotan inilah kehilangan fasa evolusi tersebut dirungkaikan dengan amat menarik. Menurut bloggernya iaitu Saudara Mohsen Amdan, beliau berpendapat evolusi sepak raga kepada sepak takraw dimulai dengan Sepak Raga Tuju. Dalam sepak raga tuju inilah konsep asas sukan sepak takraw diterokai dan digagaskan. Ikuti entri beliau ini di sini :

*Imej disalin daripada blog Bola Rotan: Untuk Mereka Yang Cintakan Sukan Penuh Seni dan Adab









1 ulasan:

  1. Terimakasih kawan..
    Very good one..kalau perincikan lagi SUbculture tu lagi bagus..ramai yang tak faham SUbCUlture ni..termasuk la peminat band SubCulture sendiri

    BalasPadam