Rabu, 15 Julai 2009

Promosi Buku-Buku Berbahasa Melayu: Kini MPH Mengambil Alih Peranan DBP

Dipetik daripada: http://www.universitipts.com

Pada Sabtu 16 - 26 Julai 2009, MPH akan julung-julung kali mengadakan Karnival Buku Melayu. Karnival itu akan diadakan di Plaza Shah Alam, Shah Alam, dari jam 10 pagi - 10 malam.

Beribu-ribu buku Melayu akan dipamerkan dan dijual di karnival itu. Semua jenis buku Melayu terbitan Malaysia dan Indonesia akan dipamerkan. Buku-buku agama yang terbaik dari Indonesia juga turut dipamerkan.

Apa yang berlaku ini tidak pernah terbayangkan dalam minda pejuang buku-buku Melayu, yakni bahawa MPH - (syarikat yang hampir 100 tahun memfokuskan bisnesnya menjual buku-buku Inggeris sahaja) - kini menjadi pendahulu kepada penganjuran karnival buku-buku Melayu semata-mata.

Sehingga hari ini belum pernah diadakan pesta buku yang dikhususkan untuk buku-buku Melayu. Inilah pesta buku Melayu yang julung-julang kali diadakan.

Bagi MPH sendiri, inilah julung-julung kali syarikat rangkaian kedai buku elit itu mengadakan pesta buku-buku Melayu.

MPH memang sedia mempunyai unit dan pasukan khas yang bertugas mengadakan pameran buku, dan jumlah petugas unit memang banyak. Unit itulah yang menganjurkan Karnival Buku Melayu MPH di Plaza Shah Alam nanti. Para penerbit Melayu hanya membekalkan buku-buku mereka sahaja kepada MPH.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
ainon@pts.com.my
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006


Tiada ulasan:

Catat Ulasan