Khamis, 23 Julai 2009

Selangor juara Liga Super


GEMBIRA... Devan dijulang oleh pemain-pemain Selangor selepas mereka mengesahkan status selaku juara Liga Super dengan menewaskan PDRM 6-1 di Stadium MPS, Selayang semalam.





SELANGOR juara Liga Super 2009. Gelaran itu disahkan selepas mereka membelasah Polis Diraja Malaysia (PDRM) 6-1 di Stadium Sela- yang malam tadi.

Biarpun masih ada satu perlawa- nan lagi untuk diharungi iaitu menentang Pahang di Stadium Shah Alam, Sabtu ini, jumlah 60 mata yang dikumpul Selangor ketika ini tidak mampu lagi dipintas pencabar terdekat, Perlis.

Ini merupakan kali pertama Sela- ngor muncul juara Liga Super sejak diperkenalkan pada 2004.

Namun, bagi jurulatih Selangor, K. Devan, ia adalah kali kedua beliau memenanginya selepas membawa Negeri Sembilan muncul juara pada 2006.

Beraksi di hadapan 3,000 penon- ton, Devan tetap menurunkan kesebelasan utama terbaiknya termasuk ketua pasukan, Amri Yahyah yang beraksi untuk skuad kebangsaan bertemu Manchester United kira-kira 24 jam sebelumnya.

Pada aksi semalam, Selangor hanya memerlukan tiga minit untuk memperoleh gol pertama menerusi percubaan Rudie Ramli.

Nasriq Baharom menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-29 selepas pemain pertahanan Selangor itu berjaya menanduk masuk hantaran Hardi Jaafar dari sebelah kiri.

Baru seminit separuh masa kedua bermula, Selangor memperoleh gol ketiga menerusi Amri yang menyempurnakan dengan baik sepakan sudut R. Surendren. Gol keempat Selangor menyusul pada minit ke-54 menerusi Razman Roslan yang bijak menyempurnakan sepa- kan penalti.

Derita PDRM bertambah apabila Nazrul Effendy Md. Nor dilayangkan kad merah pada minit ke-64 selepas melakukan terjahan keras ke atas Safee Sali.

Kesempatan itu digunakan Sela- ngor dengan menambah dua lagi gol menerusi dua pemain gantian, Amirulhadi Zainal pada minit ke-71 dan rembatan jarak jauh D. Surendran minit ke-75 untuk menjadikan kedudukan 6-0.

PDRM memperoleh gol sagu hati menerusi Khairul Izuan Abdullah pada minit ke-84 untuk keputusan muktamad Selangor menang 6-1.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan