Khamis, 5 Mac 2009

Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain? (Entri I)


Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain? Ramai orang termasuklah aku sendiri yang menyamakan bahawa Iskandar itulah Zulqarnain..malah lebih mengharukan lagi ialah menyatakan bahawa kedua-dua nama itu ialah seorang individu yang sama; iaitu Iskandar Zulqarnain!

Salah semua tu! Salah! Iskandar bukan Zulqarnain, dan Zulqarnain memang bukan Iskandar! Malah antara dua watak ini sikap dan sifat mereka sangat-sangat berbeza bak langit dan bumi! Satu perkara yang sama antara mereka ini ialah: Suatu waktu dahulu dalam catatan sejarah umat manusia, mereka ini pernah memerintah sebahagian besar planet ini...mereka lah Raja Dunia! Hinggakan dalam penulisan sejarah-sejarah Kesultanan Melayu; banyak mitos Raja-raja Melayu dinasabkan dengan keturunan Iskandar Zulqarnain!

Jika anda ingin mengetahui fakta sebenar siapakah Iskandar, dan siapa pula Zulqarnain ini...bacalah buku ini: BENARKAH ISKANDAR BUKAN ZULQARNAIN? Buku yang ditulis oleh Sdr Afareez Abd razak Al-Hafiz ini keseluruhannya adalah berdasarkan fakta sejarah yang dianalisis begitu teliti ini siap diselitkan fakta-fakta bergambar yang aku jamin pasti menggemparkan akal minda anda semua!

Dan jika anda terasa "Eh..buku ni macam samalah dengan citer 'ALEXANDER BUKAN ZULKARNAIN' kat Astro tu"... Ya! Anda memang tak silap. Anatara penyelidik bagi dokumentari tersebut ialah penulis buku ini...

Buku ini diterbitkan oleh PTS PUBLICATIONS AND DISTRIBUTORS SDN BHD melalui PTS MILLENIA.


Imej daripada: http://www.blogpts.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan