Arwah mak dulu, amat suka membaca bila ada kelapangan waktunya. Pun begitu, arwah mak jarang ada masa lapang. Hidupnya penuh diisi dengan tugas dan tanggungjawabnya kepada suaminya dan anak-anaknya. Dari pagi hingga malam, arwah mak memang betul-betul sibuk dengan kerja-kerjanya.
Tetapi ada perkara yang benar-benar menarik perhatian arwah mak tatkala membuka lembaran buku Biografi Muhammad bin Abdullah. Aku perhatikan arwah mak khusyuk menatap buku berkenaan dari hari ke hari. pantang ada sedikit waktu senggang, pasti buku itu yang diselaknya. Jarang aku lihat arwah mak begitu tertarik dengan sesebuah buku. Lazimnya, bahan-bahan bacaannya dibaca dengan santai sahaja, tetapi dengan buku ini lain benar caranya.
Aku semakin hairan kerana ada beberapa ketika arwah mak kelihatan menitiskan air mata dan sebak pula suaranya apabila ditegur
"Mak, mak menangis ke?"
"A'aaahh...buku yang ko bawak balik ni, rasa sedih lah pasal Nabi Muhammad. Sedih kat dia.. macam-macam orang buat kat dia"
Wahh...terkedu aku mendengarnya. Tak sangka. Begitu rupanya pengaruh buku itu kepada arwah mak. Tamat sahaja buku itu dibacanya, arwah mak terus sahaja meminjamkan buku itu kepada teman-temannya yang lain. Teman-temannya begitu tertarik untuk membaca apabila mendengar sinopsis yang dikhabarkan oleh mak. Buku itu bergilir-gilir berpindah daripada seorang kepada yang lain. Hingga sekarang aku bingung, ada pada siapa agaknya buku itu? Sejujurnya aku pun tak sempat membca buku itu...
Buku itu amat bermakna kepada ku kerana itulah buku terakhir yang mak baca sebelum menghembuskan nafasnya kira-kira 5 tahun yang lalu. Sebuah buku yang memberi kesan kepada seorang insan iaitu arwah mak.
Selawat dan salam buat Rasul Junjungan kita dan Al-Fatihah untuk Arwah Mak tersayang...moga Allah Ta'ala menempatkan Mak bersama-sama insan soleh, insan mutaqqin yang lain...Amin...Ya Rabbul Alamin...
Imej daripada: http://pts.com.my

Tiada ulasan:
Catat Ulasan