Selasa, 3 Mac 2009

BP - IIUM GEMILANG CLUB (News excerpt)



Pelajar, persatuan UIAM diraikan

Oleh MOHD. ROSLAN MD. ISA
Sumber: Utusan Malaysia Online

MERIAH dan membanggakan adalah kata kunci bagi membayangkan anugerah kali keempat anjuran Bahagian Pembangunan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), yang diraikan di kampus itu di Gombak, Selangor, baru-baru ini.

Ia bertujuan untuk menghargai pelajar dan persatuan yang mempamerkan prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum. Sebanyak 12 kategori anugerah diberi kepada kelab, persatuan, kulliyyah dan mahallat. Majlis diserikan dengan kehadiran Rektornya, Prof. Datuk Dr. Syed Arabi Idid.

Beliau berkata, anugerah ini adalah penghargaan universiti di atas pengorbanan para pelajar. Mereka perlu diberi anugerah kerana program yang dianjurkan adalah inisiatif pelajar itu sendiri dan dibantu kakitangan yang terlibat.

“Mereka (pelajar yang mendapat anugerah) patut menjadi contoh kepada pelajar lain dan patut diberi pujian kerana program yang dianjurkan adalah sistematik dan mencapai sasaran,” katanya.

Menurut pemenang Anugerah Keusahawanan (Individu), Hanan Fawzan Harun, pelajar tahun dua, Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan, menerusi kursus keusahawanan, keyakinannya untuk bergelar usahawan penternakan selepas menamatkan pengajian semakin berkobar-kobar.

Beliau yang juga berkongsi kegembiraan dengan Kelab Keusahawan yang menggondol Anugerah Keusahawan bagi kategori berkumpulan.

Manakala BP IIUM Gemilang adalah persatuan yang memenangi Anugerah Kemanusiaan (Berkumpulan). Persatuan ini memfokuskan pelajar sekolah rendah di beberapa sekolah sekitar Hulu Klang dengan membantu prestasi akademik dan akhlak mereka melalui sistem mentoring.

Kemanusiaan

Muhamad Said Al-Hudzari Ibrahim, ahli persatuan BP IIUM Gemilang memenangi Anugerah Kemanusiaan (Individu).

“Kami berasa syukur dapat kedua-dua anugerah ini. Ia adalah hasil kerjasama berpasukan yang ditunjukkan ahli BP IIUM Gemilang dan terus bertahan sehingga kini,” kata Muhammad Hafez, pelajar tahun tiga, jurusan undang-undang mewakili pihak persatuan.


Di samping bergelar pelajar, mereka ini juga sering menganjurkan pelbagai program yang memberi impak kepada diri pelajar dan masyarakat. Program kemanusiaan anjuran Persatuan COMRADE memenangi Anugerah Pengarah Bahagian Pembangunan Pelajar bagi Program Terbaik. Ini kerana, persatuan ini sering menganjurkan program khidmat masyarakat ke perkampungan masyarakat Orang Asli.

Anugerah Timbalan Rektor bagi Kelab Terbaik dimenangi Persatuan Enginius. Ahli persatuannya adalah terdiri daripada pelajar jurusan kejuruteraan. Antara program yang dianjurkan adalah Engitex.

Dua anugerah disampaikan Rektor adalah Anugerah Pemimpin Pelajar Terbaik dan Anugerah IIICE. Pelajar tahun empat, jurusan ekonomi, Ismail Jaafar memenangi Anugerah Pemimpin Pelajar Terbaik.

“Saya berpendapat sebagai ummah yang terbaik, kita perlu percaya kepada Allah dan mempunyai motivasi diri yang positif untuk berjaya,” katanya.

Beliau juga adalah mantan presiden bagi Kumpulan IIUM CENSERVE yang dipegang selama tempoh sepenggal dan Sendi Saga yang diceburi sejak tahun pertama lagi. Beliau juga mengesyor pelajar yang terlibat dalam aktiviti khidmat masyarakat supaya membaca buku bertajuk Becoming a Volunteer, susunan Azizan Bahari.

Anugerah yang dinanti-nantikan pada malam itu adalah Anugerah IIICE. Ia adalah simbol kepada misi IIUM iaitu Integration, Islamization, Internationalization dan Comprehensive Excellent (IIICE), yang mengiktiraf pelajar yang menjadi pemacu dalam bidang yang diceburi dengan kejayaan yang ditempa bagi diri sendiri, kumpulan dan universiti.

Pemenangnya adalah pendebat UIAM yang sering mendapat pelbagai anugerah dalam arena debat yang tidak asing lagi kepada UIAM iaitu Mohd. Daud Md Din.

Majlis malam itu turut disertai seramai 1,500 pelajar daripada pelbagai persatuan. Turut hadir ialah Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Hamidun Abdul Hamid, Pengarah Bahagian Pembangunan Pelajar, Dr. Akmal Khuzairi, Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Pelajar, Martinelli Hashim serta para pegawai dan kakitangan UIAM.




Kosmo Online

Anugerah pelajar aktif

Anugerah ini mengiktiraf pelajar yang menjadi pemacu dalam bidang yang diceburi dengan kejayaan yang ditempa bagi diri sendiri, kumpulan dan universiti.

MERIAH dan membanggakan adalah kata kunci yang dapat membayangkan anugerah yang dianjurkan Bahagian Pembangunan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


Anugerah kali ke-4 ini bertujuan, menghargai pelajar yang menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam aktiviti kokurikulum. Sebanyak 12 kategori anugerah diberi kepada kelab, persatuan, Kulliyyah dan Mahallat.

Menurut Rektor UIAM, Prof Datuk Dr. Syed Arabi Idid, anugerah ini sebagai tanda penghargaan universiti bagi menghargai pengorbanan yang dilakukan pelajar.


"Mereka perlu diberi anugerah dan penghargaan kerana program yang dianjurkan merupakan usaha dan inisiatif para pelajar sendiri. Ia turut dibantu oleh staf yang terlibat.

"Para pelajar yang diberi anugerah ini perlu dijadikan contoh dan tauladan kepada pelajar lain. Pada pendapat saya, program yang dianjurkan ini begitu sistematik dan mencapai sasaran," ujar beliau yang turut menyatakan bahawa golongan pelajar perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.


Sementara itu, pemenang Anugerah Keusahawanan (Individu), Hanan Fawzan Harun, menyatakan bahawa beliau bercita-cita menjadi ahli perniagaan dalam bidang pertanian, khususnya penternakan ikan.

Pelajar tahun dua, Kuliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan ini berkata, dengan adanya kursus usahawan yang disediakan, beliau berasa yakin untuk memulakan bisnes sendiri, sebaik sahaja menamatkan pengajian.

Hanan juga berkongsi kegembiraan dengan Kelab Keusahawan yang menggondol Anugerah Keusahawan bagi kategori berkumpulan.


Pada majlis yang sama, BP UIAM Gemilang memenangi Anugerah Kemanusiaan (Berkumpulan). Persatuan ini memfokuskan murid sekolah rendah di beberapa sekolah sekitar Hulu Kelang, Selangor.


Ia membantu prestasi akademik dan akhlak pelajar menerusi sistem mentor. Pihak BP pula menjadi penaja bagi persatuan yang hampir lapan tahun memberi tumpuan kepada fokus di atas.


Mohamad Said Al-Hudzari Ibrahim yang juga ahli persatuan BP UIAM Gemilang memenangi Anugerah Kemanusiaan (Individu). Beliau yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Inggeris kini bekerja dengan MERCY dan tidak dapat hadir kerana sedang memberi khidmat kemanusiaan di Sudan.


"Kami bersyukur kerana memperoleh kedua-dua anugerah ini. Ia adalah hasil kerjasama berpasukan yang ditunjukkan ahli BP UIAM Gemilang sejak lapan tahun lalu.


"Saya berharap, anugerah ini menjadi permulaan dan memberi pengaruh yang baik kepada ahli kumpulan dan persatuan yang lain," ujar Muhammad Hafez, pelajar tahun tiga, jurusan undang-undang dalam nada gembira.

Umumnya, pelajar UIAM sering menganjurkan pelbagai program yang memberi impak kepada diri pelajar dan masyarakat.


Antaranya ialah program kemanusiaan anjuran Persatuan COMRADE telah memenangi Anugerah Pengarah Bahagian Pembangunan Pelajar bagi Program Terbaik. Persatuan ini sering menganjurkan program khidmat masyarakat ke kampung-kampung Orang Asli.


Anugerah Timbalan Rektor bagi Kelab Terbaik dimenangi oleh Persatuan Enginius. Ahli persatuan ini terdiri daripada pelajar jurusan kejuruteraan. Mereka pernah menganjurkan program Engitex yang merupakan program tahunan.


Anugerah Pemimpin Pelajar Terbaik dan Anugerah IIICE telah disampaikan oleh Rektor UIAM sendiri. Anugerah ini menjadi milik pelajar tahun empat, jurusan ekonomi, Ismail Jaafar.


"Sebagai ummah yang baik, kita perlu percaya kepada Allah dan mempunyai motivasi diri yang positif untuk berjaya," jelas Ismail yang bergiat aktif dalam program khidmat masyarakat serta berpeluang membantu masyarakat di Malaysia dan luar negara.


Beliau adalah mantan Presiden Kumpulan IIUM CENSERVE dan Sendi Saga yang diceburi sejak tahun pertama pengajian. Beliau mengesyorkan pelajar turut serta dalam aktiviti khidmat masyarakat.


Bagi mendalami dan memahami tugas-tugas sebagai sukarelawan, Ismail menyarankan pelajar membaca buku bertajuk Becoming a Volunteer yang disusun oleh Azizan Bahari.


Dalam acara gilang-gemilang itu juga, anugerah IIICE menjadi anugerah yang paling dinanti-nantikan oleh tetamu. Ia adalah simbol kepada misi UIAM iaitu Integration, Islamization, Internationalization dan Comprehensive Excellent (IIICE).


Anugerah ini mengiktiraf pelajar yang menjadi pemacu dalam bidang yang diceburi dengan kejayaan yang ditempa bagi diri sendiri, kumpulan dan universiti.


Pendebat UIAM, Mohd Daud Md Din yang sering mendapat pelbagai anugerah dalam arena debat dinobatkan sebagai pemenang dalam anugerah ini.


Para pemenang anugerah pada malam itu menerima pingat, sijil penghargaan dan wang tunai.


Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Hamidun Abdul Hamid; Pengarah Bahagian Pembangunan Pelajar, Dr. Akmal Khuzairi; Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Pelajar, Martinelli Hashim; pegawai dan kakitangan UIAM.




The Star Online: Saturday January 26, 2008

What the firms and agencies have achieved

Compiled by LAALITHA HUNT, LEONG HUNG YEE and EUGENE MAHALINGAM

StarBiz speaks to representatives of various organisations to get their views on the current corporate responsibility (CR) practices.




ROSLI HUSSIN
Deputy chief executive
BP Malaysia Sdn Bhd


CR activities have improved tremendously over the years. In Budget 2007, there were also some tax incentives announced. The recognition from the Government and the support from the private sector will definitely move the CR agenda forward.


One of the challenges that companies in Malaysia will face is making the transition from corporate social responsibility to CR. Right now, it is no longer about being philanthropic. It is now about CR, about being a responsible corporate citizen.


But with the right push and incentives from the Government, I feel that Malaysia will do well in CR.


imej daripada: http://gemilang09.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan