Setiap hari boleh dikatakan, perjalananku harus melintasi dan melalui sebuah universiti yang sangat kusanjung suatu ketika dulu. Kusanjung kerana idealismenya, perjuangannya, serta cita-citanya yang pernah diperjuangkannya suatu ketika dulu. Walaupun ketika ini universiti ini tidak lagi lantang memperjuangkan apa yang pernah diperjuangkannya, aku masih menghormatinya dan berharap akan suatu hari nanti universiti ini akan bangkit daripada tidurnya yang agak lena itu...
Kebelakangan ini, aku lihat jalan-jalan dalam kawasan kampus universiti ini banyak betul kain-kain rentang dan kain banner digantung dan ditampal mengiklankan serta mempromosi program-program dan aktiviti-aktiviti para siswa di sini. Macam-macam programnya, segala aneka; fiesta ini dan fiesta itu, festival ini dan festival itu, sambutan ini dan sambutan itu, night of ini dan night of itu, pesta ini dan pesta itu, dan entah segala macam lagi.
Orang kata, pandangan mata jatuh ke hati? Begitu lah yang kurasa...ada semacam gangguan jiwa bergelora dalam hati tentang universiti ini...Aku agak musykil kenapa hampir semua program-program ini mesti berteraskan hiburan? Kenapa program-program ini mesti ada unsur-unsur pesta-pestaan? Kenapa program-program ini mesti ada unsur-unsur berhibur dan berlibur? Kenapa semuanya mengajak kepada bersuka-sukaan, bersenang-senangan? Jika ada elemen ceramah pun, tajuk yang dibawa...alahai...taraf budak sekolah!
Aku tidak nafikan ada juga program-program yang berfaedah dan tinggi manfaatnya...program-program berunsurkan misi-misi kemanusiaan dan pembangunan kelompok masyarakat terpinggir, serta membangkit sikap keusahawanan...sangat-sangat bagus! Namun, program-program ini tenggelam dalam lautan banner karnival, pesta dan fiesta...
Universiti adalah tempat membangkit idealisme dan semangat juang untuk survival wangsa (negara) dan bangsa Malaysia kita! Tetapi jika para siswa dihidangkan dengan program-program bertaraf picisan dan 3rd class, apa lagi yang boleh diharap daripada para siswa kita?
Beberapa hari lalu, aku bersembang dengan seorang rakanku tentang peluang-peluang kerja bagi lepasan universiti. Katanya seorang recruitment officer bagi sebuah bank luar negara yang beroperasi di Malaysia mengeluh kerana sesi temuduga yang telah dibuatnya sejak 4 tahun kebelakangan ini, sangat-sangatlah tidak memuaskan hati. Aku tanya kenapa. Jawabnya "Student-student kita ni, macam-macam bende tak tahu! Lain ditanya, lain pulak jawabnya. English level ok, tapi general knowledge...Ya Allah, entah apa yang diorang baca kat universiti ni!"
Entry ini bukanlah hendak meminggirkan atau mengenepikan maruah mana-mana pihak...jauh sekali berniat demikian..ianya sekadar ingin menterjemahkan rasa hati kepada apa yang dilihat...aku benar-benar gembira sekiranya program-program siswa di mana-mana IPT sekali pun semuanya menjurus kepada pembinaan jiwa dan peribadi yang tinggi serta penyuburan daya akal fikir yang matang.
Mungkin nama-nama program yang aku sebutkan tadi, bunyinya hanyalah sekadar ingin menarik minat, tapi isi dan elemen yang dipersembahkan adalah sangat bermanfaat dalam pembinaan akal budi...mungkin...pada aku, setiap waktu di universiti adalah ruang sebagai persiapan bagi seseorang siswa itu sebelum dia keluar ke alam yang sebenar. Bersiaplah dengan apa yang patut. Kalau aku ditanya, adakah aku telah bersiap masa belajar dulu...akan kujawab: Tak! Tak sempat...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan