Tengahari semalam di sebuah restoran, aku terdengar seorang wanita berusia pertengahan umur mengadu tentang gangguan-gangguan yang dihadapinya sejak mula mendiami pangsapuri di sebuah kawasan perumahan yang tak beberapa jauh dari ibu kota. Wanita itu berkongsi kerisauannya itu, bersama beberapa orang temannya yang lain. Dari gaya mereka, aku agak mereka ini mungkin bekerja dengan agensi kerajaan.
Wanita itu mengadu, kerana ada saja orang mengacau di pangsapurinya itu; peminta sedekahlah, penjual kuihlah, penjual keropoklah, penjual alat penapis air,lah penjual karpet dan to-to, penjual minyak wangilah, dan berbagai macam orang yang selalu sangat datang mengetuk pintu. Tidak kira waktu! Siang ke malam ke, hari bekerja ke hari cuti ke...Suka-suka sahaja datang mengetuk pintu rumah orang. Yang paling hairannya, kebanyakan mereka ini adalah warga asing! Dari gaya pemakaian dan percakapannya sudah kita boleh tahu samada orang sini atau orang luar.
Wanita itu tadi sebenarnya risau dengan keselamatannya dan juga anak-anaknya. Katanya, bukan dia sahaja yang risau, penghuni lain juga risau dengan keselamatan mereka. Bayangkan jika ada antara mereka ini yang berniat jahat. Mana tahu, menjual barang itu hanyalah taktik untuk mereka melakukan jenayah. Mereka mahu perhatikan unit pangsapuri mana yang punya banyak harta mewah. Unit pangsapuri mana yang punya anak-anak gadis genit yang mahu diculiknya. Siang menjual barang, malam mencuri barang.
Kata wanita itu tadi, orang-orang yang mendatang ini, ada antaranya manis mulut, tapi ada antaranya tarik muka jika mereka tidak dilayan. Hanya grill besi yang dipasang di pintu rumahnya itulah pelindung diri jika terjadinya sesuatu yang tidak diingini. Apabila ditanya seorang kawannya yang lain, kenapa security guard tidak halang mereka masuk. Wanita itu dengan selambanya menjawab: "Hei, kuarters kerajaan mana ada security guard!"

Tiada ulasan:
Catat Ulasan