Rabu, 4 Mac 2009

Movie


Imej daripada: http://www.popcornpapa.com


Ada beberapa filem yang memaparkan kisah-kisah berkenaan dengan mentoring. Tentunya antara yang paling klasik ialah Star Wars. Kita semua maklum bagaimana Anakin Skywalker bermentorkan Obi-Wan Kenobi. Walaupun akhirnya, Anakin dipengaruhi Dark Forces dan bertukar kepada Darth Vader. Luke Skywalker yakni anak kepada Anakin, juga bermentorkan Obi-Wan Kenobi. Pun begitu, Star Wars, adalah filem fiksyen. Maknanya cereka. Filem yang dibikin mengikut imaginasi George Lucas.

Ada beberapa filem cereka lain yang yang aku anggap punya nilai-nilai mentoring. Antaranya ialah:

v Good Will Hunting:

Hubungan mentor diantara Sean Maguire (Robin Williams) dan Will Hunting (Matt Damon) Dalam filem ini, Will Hunting ialah seorang remaja pintar matematik tetapi punya masalah sikap dan perangai. Setelah ditangkap dan dibicarakan di atas satu kes, Will Hunting diberi pilihan iaitu samada dipenjarakan, atau diberi peluang belajar matematik di kolej serta mengikuti sesi terapi. Dia memilih pilihan kedua. Setelah 5 orang pakar terapi gagal membentuk Will Hunting, tampil Sean Maguire; seorang pakar terapi yang punyai kaedah berbeza dalam membentuk dan membimbing Will Hunting.

v Lord of the Rings:

Pasti ramai yang teringat bagaimana hubungan di antara Frodo (Elijah Wood) dan Gandalf (Ian McKellen). Pengembaraan Frodo untuk menghancurkan sebentuk cincin misteri ditemani dan dibimbing oleh seorang ahli sihir pintar iaitu Gandalf.

v Back to the Future:

Kisah pengembaraan masa yang mana Marty McFly (Micheal J. Fox) menjadi teman dan mentee kepada Dr. Emmett Brown (Christopher Llyod).

v Man In Black: Filem ini memang menonjolkan unsur-unsur mentoring yang jelas di mana Agent Kay (Tommy Lee Jones) melatih Agent Jay (Will Smith), untuk menjadi seorang agen rahsia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan